Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Thursday 31 March 2016

March 31, 2016

Soffea si Rambut cendawan



Salam tengahari semuanya... jam sudah menunjukkan 11.30pagi.Sambil melayan si soffea.. (meragam je dari tengah malam semalam ) .Masak lambat nie hari.. Soffea, TAk boleh berenggang langsung. Nak muka mama ada depan dia 24jam..letihhhhhh! 


Berbalik tajuk entri,lihatlah penampilan baru si soffea.  Hahahahah..mama tak sengaja potong rambut kamu begitu..dah macam rupa cendawan.Hemmm.. macam nie la,dapat mama yang tangan tak kreatif.Fail!! Adeiiii..  kakak Sara cakap,.. mama,, adik fa macam kartun.. (cite chibi maruko kot)

Itulah alkisah kami... Nak gelak Je setiap Kali pandang soffea.



Tuesday 22 March 2016

March 22, 2016

Kehamilan: 8minggu sudah!!

Harini baru sempat p check up kat klinik.P scan tengok baby dah berapa minggu. Kali nie, pregnant biasa biasa aje.. kurang keterujaan. Heeeeehehe. Yang ke 3 katakan.. 

Lupa pula Nak tanya doktor untuk masalah aii yang bleeding nie. Harini aii langsung tak masak, risau kalo penat boleh darah turun lagi.. (bleeding). Walaupun bleeding bukan fresh blood macam mengandungkan soffea tahun lepas,aii tetap risaukan kandungan.Sebab aii dah Google kes by kes nie. Ada yang bleeding laluan jalan dah terbuka.Ohhhh~~ sangat seram hokeyyy.Kali nie just bleeding campur lendir aje..aii tak boleh stress langsung. Kena bed rest sebanyak yang mungkin.. ( nie kalo kes macam ni,pihak hospital dah tahan wad.. tapi aii tak bagitau pun doktor masa checkup.. heeeeeehehe. )

Disebabkan kes nie,buat sementara aii kurangkan aktiviti bisnes shaklee.Risau akan kandungan.. hemm..

Okay... nie gambar scan tadi.. janin dah cukup sifat kata doktor,ada tangan kaki jantung yang berdegup. So..comell kan?? Geram aje.. wat tak sabar Nak jumpa baby 




 

Sunday 20 March 2016

March 20, 2016

10 Tanda Anda Bakal Mempunyai Zuriat

10 Tanda korang bakal menerima kehadiran baby | Berikut merupakan Hasil PERHATIAN aii sajaa... Ada kalanya Betul atau KEBETULAN sahaja. Saja suka suka Teori ini.Layankan Ajeee...hikhikhiks


tanda bakal menimang baby,ciri-ciri mengandung






10 Tanda Anda Bakal Mempunyai Zuriat atau kehadiran Baby.



 1. Korang Kerap sangat Terjumpa Baby

√ masa sebelum disahkan pregnant,tak kisah la anak no 1 ke no 2 ke atau No 3...,aii pergi mana mana majlis mesti akan terjumpa baby ( ehhh,ni bukan orang buang baby tau.. baby tu ada sekali dengan mami dia la..) mesti aii bagi sikit sumbangan duit. Ini penting tau! Jangan kedekut..dan korang Cuba Cuba la pangku baby tuu. cium bau baby


 2. Anak kuat merengek

√ Bagi korang yang punyai anak dah.. korang akan perasan satu keadaan yang anak korang kerap merengek. Nangis tak tentu masa. Uiiii~~ stress! Macam soffea la.Alamak! Siang malam 24jam nangis.. tak boleh berenggang (berpisah) langsung..walhal aii Nak p dapur masak aje.. Mungkin naluri dia dapat tau, ada baby dalam perut aii.Makanya,nanti dia dah tak dipedulikan lagi.


3. Nipple Breast

√ Korang Yang breastfeeding mesti perasan.. nipple korang akan terasa pedih Dan perit semasa tempoh penyusuan. Erkkk!


√ korang Yang baru tak pernah pregnant sebelum nie.. nipple korang jugak terasa sakit.Seolah Nak period pun adoo.tiiit~~~~


4. Miss Period

√ Period korang lewat, mungkin sehari ( customer aii buat upt terus naik 2line...hikhikhiks..jangan Cuba Cuba ikut okay)


√ Period Takde 1bulan... kikikiki.Nie kes aii. Tak p scan lagi, tatau bape bulan dah nie... eeeeerk! Perut dah mola muncit nie.. haaaaaha.( leceh dengan anak Kecik lau p klinik,Nak berangkut..Cik hubby Kerja..huuuuumm)


5. Selera Makan Bertambah


 √ Kemungkinan selera makan korang akan memuncak! Nak makan macam macam.Bila tengok makanan tuuu.Rasa tertelan jee air liur..bila takdapat makan,Nak menangis Je rasa.


6. Pening Kepala

Haaa..nie pun salah satu TANDA.Pening dia Lain macam..(terasa siling rumah Nak jatuh.. Mata pinar) kalo pening, siap dengan pakej dia lagi.. tekak pun menggelegak.Macam lava gunung berappi tuuu..


7. Mengidam

 √ korang Nak makan benda pelik pelik.Macam aii,dulu geli sangat sangat ikan patin. Sekarang?? Aii mengidam Nak makan PAEH IKAN PATIN TEMPOYAK...alahaiiii..bila la dapat makan nihhh.Gulp!


8. MUAL


√ korang terasa Nak muntah je. Bau busuk tak boleh.. macam aii,bila hubby
Ajak hangout..uiiii,terus hilang rasa loya segala...hahaaahahahaha..tatau pesen appe..


9. Tabiat PELIK

Korang akan mempunyai tabiat yang sangat sangat pelik.. CTH : kisah aii,masa Preggy anak sulong..aii suka bau ketiak hubby ..heeeeeeeeehheheh.Kalo takdapat bau,rasa Nak nangis jeee. Preggy kali ke 3,aii asyik duk sembur perfume Je 24jam..walaupun kat umah..


10. Naluri Keibuan

√ bila aii tengok pakaian baby Yang dalam almari pakaian soffea..terdetik di hati.alolololololo~~~ bau baby, sedap nyeee bau.Siap dapat lagi bau baby tuuu.. bau baby yang FRESH baru lahir kau!

Kesimpulannya....kesemua tanda diatas boleh dikesan sebelum korang disahkan HAMIL lagiii.

Terpulang pada diri masing2 Nak percaya atau TAk..aii tak paksa.







Friday 18 March 2016

March 18, 2016

11 Bulan : Nur Wardina Soffea

Alhamdulillah~ soffea sudah menginjak ke 11 bulan.ini bermakna aii dah habis pantang makan 'pulut' pada bulan depan hewhew.Okay..entri Kali ini bukanlah Nak cite hal pantang.. hat tu next entri.

 Soffea 11 Bulan

Perkembangan
 soffea dah hampir Nak berjalan.Walker (kereta) dia dah takmau duduk. Bila diletakkan aje,terus meraung.huuuuh.. tension. Yang si kakak sarra p wrestling si adik.. soffea nak belajar belaajar berjalan di kacau nye adik. Adeiiii~~ soffea cepat sikit Dari sarra.. ( sarra dulu 1 tahun lebih baru berjalan ).. hemm.. lain anak,lain perkembangan nya kan? 

Soffea Meragam

Penat dengar si Soffea nie merengek sana sini. Stress mama! 24 jam menangis. Hemmmm... Sudah dipujuk,menangis lagi. Mola tu,ingatkan lapar..rupenyee bukanlah.


Kaki di Mulut

Satu perangai pelik si soffea.Ada Je masa lapang,mesti kaki dia masukkan ke mulut.Orang tua tua pesan.. ( Nak dapat adik ). Hem..mola tu abaikan aje.. sebab dl Sara pon menggigit kaki dia.. (7bulan Sara waktu tu) tp alhamdulillah.Tak preggy pon.Tapi Kali ini kena ambil serious laaa.. Memang betul berlaku.Kikikiki...soffea 11bulan,Nak ada adik dahhh. Gulppp!! Beratur la anak aii pasni.( menyesal tak berpantang bebetul..masa anak pertama,aii Gigih berpantang minum ais. . Makanan yang Sejuk Sejuk tak makan.Rupanyaaa...nielahh hikmahnya.Bila dalaman badan kita panas,susah Nak 'lekat'..  ini sejukkk Sejuk.Sudahnyaaa,selamat menambah anak no 3 laaaahh..) takpelah,lagipun dah Rezeki,takkan Nak menolak.Umur pon da 29tahun aii ni..kang tua tua payah..




Supplement Membantu

Ehem .. sebelum kehamilan berlaku,aii makan Omega Guard alfalfa Complex je. Dan Cik hubby aii makan Vivix .. kata aii kat hubby.

 Ina : Abang,makan vivix nie kan.. Abang makan bagi masalah kencing manis dan Kolesterol / darah tinggi tapi mana la tau,dengan izin Allah kita dapat baby lelaki pulak ke Kan?. Hikhikhik~ Sebab salah satu fungsi Vivix Ialah membaiki DNA. Haaaa...Akar umbi kencing manis bermakna takde jugak pada baby no 3 nie.

 Hubby: Errkkkk .. (Muka malas nak layan Isteri).

**Alhamdulillah.. aii gurau gurau je dengan hubby. Ternyata allah dengar.Mengandung jugak aii no 3.. hikikss~


Nak dapatkAn supplement shaklee?
Hubungi 0179506861

Tu jela Kott apa yang aii Nak luahkan.. 2 hari Nak siapkan entries ni okayyy...kepala aii pening jeee sejak preggy kalini..
sekian. assalamualaikum...

Thursday 17 March 2016

March 17, 2016

KEHAMILAN : Tips atasi Pedih ulu Hati


Entri ini buat ina teringatkan semasa kehamilan pertama. Dulu memang tak ambil sebarang ubat Dan supplement. Makanan? Hentam.. semua makan fast food.Lastnyeee,mengidap laa Pedih Hulu Hati.. tengah2 malam menjerit.Sakit! Macam jantung kena rentap..tapi yang ini hati yang kena rentap.Terbakar jee rasa! Haissss... tak boleh tahan. Okay,kalo korang taknak jadi macam ina.Jom baca artikel nie smpai habis yeee.

9 Tips berguna Atasi Pedih Ulu Hati

1. Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi.

2. Elakkan juga daripada minum semasa makan.

Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.

3. Makan sedikit tetapi kerap.
 Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.

4. Jika anda merokok, cubalah berhenti.
Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.

5.Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan.
Duduk dengan tegak dan jangan membongkok.

6. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.

7. Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.

8 . Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.


9. Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk.

 Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.


Supplement Membantu Atasi Pedih Hulu Hati

Semasa kaandungan ke 2, ina amalkan set kehamilan shaklee. Bagi masalah pedih hulu hati.. dinasihatkan mengambil ESP Bersama peppermint ginger plus. Insyallah! Sepanjang kandungan ke 2 memang takde kena serangan pedih hulu hati mahupun simpul biawak.


Hubungi ina 0179506861

Tuesday 15 March 2016

March 15, 2016

POSITIF!! 2 LINE..YEAH!!!



CUSTOMER ke sekian kalinya yang berjaya dengan set subur shaklee.Hasil bimbingan berterusan dari ina



Alhamdulillah!!!
POSITIF juga..

Eh..eh.. bukan yg aii nih. Heeeeeehe.

Pagi tADI terima whatsapp Dr seorg customer.. akhirnya beliau berjaya Hamil dgn izin Allah hasil mengamalkan set Subur shaklee.


Beliau usaha Dan konsisten dgn pemakanan yg sihat serta pengambilan supplement shaklee.

Usia dah meningkat..
Nak tambah zuriat?
Teringin Nak baby.. 
ada cyst?
ada FIBROID??
OVERWEIGHT?
Terlalu KURUS sukar HAMIL?

Pm now! 0179506861
whatsapp / tlgram

Monday 14 March 2016

March 14, 2016

Mengandung??

Assalamualaikum Dan salam tengahari.. nie hari barulah ada feeling Nak update blog.Hiiiiihihihihi.. Dah 3 hari tak berasap blog nie. Adeiiii~~ Eh..sape kata dapur Je boleh berasap.. Blog ponn bolehh.. haa.


Alkisahnya, dalam minggu minggu lepas. Aii sangat sangat malas.. asyik mata mengantuk.Tubuh badan letihh Je.Dengan rasa mual, loya tekak.. adoiii! Keracunan maybe.. 


Tapi,setiap Kali Nak hangout mesti kepala pening di tambah dengan Loya tekak.Adeiii! Kata hubby, rasa loya Dan pening tu semua ada sebab duit Nak melayang p shopping.Tu keluar segala simptom ..heeeeeehehehe.Boleh ke macam tuuu? 

Atau soffea Nak jadi kak Ngah?? Bluwerkkkk... adeiii.

Thursday 10 March 2016

March 10, 2016

TUMIT TINGGI JEJAS KESUBURAN WANITA

AWAS!! Si Pemakai Kasut Tinggi

Haiiiis...seram tajuk dia. Errr.. nasib la aii dah bertaubat dah pencen pakai kasut bertumit tinggi..hanya sekarang pakai flat jee..tapi takdelah macam makcik makcik.Oppps! tapi kalau nak jadi macam makcik makcik pon apa salahnya kan? janji kaki sihat.heeeeeheh.  Okay..terusakan pembacaan ..

Kasut Tumit Tinggi yang di pakai seharusnya tidak melebihi 4 sentimeter.Jika lebih daripada itu, risiko untuk mendapat kecederaan amat lah tinggi.

jejas kesuburan kasut tumit tinggi


Antara risiko memakai kasut bertumit tinggi ialah menjejaskan peluang untuk mendapatkan anak,punca rambut gugur.

Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 sentimeter boleh menjejaskan organ dalaman dan KESUBURAN WANITA masa kini menyebabkan leher, lutut, sendi ,tulang belakang dan bahu menjadi sakit dan menyebabkan pening dan KITARAN HAID terganggu.


Sumber: Infokesihatan 




agak-agak berbaloi tak pakai kasut tumit tinggi ni yea?
cantik memang cantik kan? sape yang taknak cantik. TAPI kalo kaki sakit, jari kaki pun dah jadi keras...takleh gerakkan macam mana? eeee... takut!! 


Tuesday 8 March 2016

Saturday 5 March 2016

March 05, 2016

KOMPUTER : ASAS ASAS PORT


ASAS-ASAS PORT


Definasi: Port yang terdapat pada komputer adalah peranti penyambung luaran yang digunakan untuk menyambungkan pelbagai jenis persisian ke komputer. Secara asas ianya adalah soket dan plug yang membolehkan peranti luaran disambungkan ke komputer (biasanya ke papan induk dan kad tambahan).

Port luaran komputer mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenalpasti dan memberi perbezaan untuk setiap jenis port.



Bentuk dan saiz: Setiap port mempunyai bentuk yang spesifik untuk mengenalpastinya. Ada yang berbentuk bulat (PS/2), trapezoid (LPT, COM, SCSI) dan bersegi empat (USB dan FireWire). Mereka juga mempunyai pelbagai saiz; dari saiz sebesar syiling (untuk port yang bulat) hingga yang bersaiz sebesar plug elektrik (untuk bentuk trapezoid).



Simbol: Terdapat komputer yang mempunyai simbol di belakangnya untuk dikenalpasti seperti USB, COM, FireWire atau SCSI. Sebagai contoh untuk pencetak ialah port LPT atau untuk papan kekunci atau tetikus ialah port PS/2. Walaupun begitu, tidak ada ikon yang unik untuk port-port yang lain.

Selalunya simbol tersebut tertera di sebelah kanan lokasi port tersebut berada (selalunya di belakang sistem unit).



?Gender?: Untuk port juga mempunyai jantina atau dikenali sebagai ?gender?. Ianya samada ?female? ataupun ?male?. ?Male biasanya mempunyai pin manakala ?female? hanya mempunyai lubang untuk dimuatkan oleh pin tersebut. Jangan sesekali cuba memadankan plug ?male? dengan soket ?male? kerana ini akan merosakkan port anda.



Bersiri dan Selari: Terdapat dua jenis port yang biasa dikenali dengan nama LPT = selari dan COM = bersiri. Sebenarnya bersiri dan selari ini merujuk kepada cara port-port ini berkomunikasi dengan data yang akan dihantar. (Ingat bahawa port adalah peranti komunikasi!)

Dalam terjemahan teknikalnya, port bersiri bermaksud pengantaramuka berkomunikasi dengan menghantar data sebanyak satu bit dalam satu masa tanpa penyegerakan (serentak). Ini bermaksud port bersiri berkomunikasi dengan maklumat (masukan atau keluaran) sebanyak satu siri dalam satu masa.

Port selari pula secara teknikalnya bermaksud pengantaramuka berkomunikasi dengan menghantar data sebanyak beberapa bit dalam satu masa dengan cara apabila sesuatu data itu diterima atau dihantar, sebahagian nya pula akan menerima data yang lain dalam satu masa.

Untuk port selari, kita hanya akan membincangkan bahawa port selari (LPT) adalah untuk pencetak atau port SCSI (skuzzy). Port-port yang lain adalah jenis port bersiri.



Kebaikan & keburukan: Setiap jens port pasti mempunyai kebaikan dan keburukannya. Ada yang pantas (komunikasi), murah (port dan persisian, kabel, adapter dll).



Jenis persisian: Setiap port boleh digunakan untuk persisian tertentu sahaja, ada yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian dan ada pula yang hanya boleh digunakan untuk satu atau dua persisian sahaja.

Perlu diingatkan bahawa keadaan ini dinamakan ?kondisi dinamik?. Sebagai contoh ketika port COM mula-mula diperkenalkan, ianya digunakan secara meluas tetapi apabila PS/2 muncul, penggunaannya semakin lama semakin kurang (untuk tetikus) dan sekarang terdapat juga tetikus yang menggunakan port USB.




LPT



Definasi: LPT biasanya dikenali dengan nama port selari dan digunakan untuk sambungan peranti pencetak. Jaraknya lebih kurang 20 kaki atau kurang. Lebih laju dari port COM selari tetapi harganya agak mahal. Secara tipikalnya, port LPT boleh mempunyai kelajuan 150kb/sec. Port COM ini ada kemungkinannya terdapat dua atau lebih pada papan induk dan dibezakan dengan nombor yang terdapat selepas perkataan ?LPT?. Biasanya untuk pencetak, port ini dikenali dengan nama LPT1. Ianya berbentuk seperti trapezoid dan mempunyai dua barisan pin; barisan pertama mempunyai 13 pin manakala sebelah lagi mempunyai 12 pin.



Gambar dan simbol: * Sila rujuk nota tambahan * Di belakang komputer anda, terdapat simbol ini. Ianya bermakna ?anda boleh menyambungkan kabel pencetak anda disini?



Kelebihan: Lebih laju dari port bersiri dan sesuai untuk semua jenis komputer. Juga sejenis port yang standard untuk kegunaan pencetak yang disambungkan ke komputer.



Jenis persisian: Biasanya pencetak menggunakan port LPT1.



FireWire



Definasi: Sejenis port terbaru dan terlaju untuk port jenis bersiri dan juga dikenali dengan nama i.Link (Sony) atau IEEE-1394. Dibangunkan oleh Apple dan Texas Instrument dan digunakan untuk kegunaan video dan audio samada untuk PC ataupun Mac. Juga boleh digunakan untuk menyambungkan pelbagai jenis peranti. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 400mbit/saat atau mungkin lebih laju lagi untuk versi terbaru. FireWire dikatakan sebagai trademark untuk Apple tetapi bakal digunakan dengan meluas dan dikenali dengan nama IEEE-1394. Mempunyai 6 pin dan untuk soket ?female? di dalam komputer, berbentuk empat segi manakala penyambungnya pula berbentuk bulat. Mempunyai kemampuan ?hot plugging? iaitu kebolehan untuk ?plug? dan ?unplug? tanpa suis diOFFkan. Bakal menggantikan SCSI sebagai port luaran. Masih terdapat papan induk yang mempunyai port FireWire dan kebanyakannya dari jenis komputer Mac.

Kelebihan: FireWire menghantar data dengan kelajuan 400mbit/saat atau lebih. Mempunyai kemampuan ?hot plugging?.



Jenis persisian: Biasanya disambungkan untuk kegunaan kamera video digital kepada komputer. Dan berkemungkinan media audio dan video akan menggunakan FireWire pada masa akan datang.





COM
Definasi: Singkatan kepada ?communications?. Dikenali dengan nama port bersiri kerana ianya adalah port pertama yang digunakan untuk komunikasi. Meluas digunakan sejak PC menjadi keperluan semasa. 
 
Berharga murah dan boleh digunakan dengan kabel yang panjang berbanding dengan port selari. Berbentuk seperti port LPT iaitu ?trapezoid? tetapi kecil dengan penghujungya yang pendek dan mempunyai dua barisan pin; 5 pin barisan pertama dan 4 pin di barisan kedua (jangan keliru dengan port monitor yang hampir sama bentuk dan saiznya tetapi mempunyai lebih banyak bilangan pin dan hanya digunakan untuk monitor shaja). Biasa digunakan untuk tetikus, papan kekunci, modem kamera dan PDA terutamanya sebelum USB diperkenalkan. Terdapat lebih daripada satu port COM dan dibezakan dengan nombor yang tertera selepas perkataan COM. Biasanya terdapat COM1 dan COM2. COM yang tipikal berkelajuan 115Kb/saat.



Kelebihan: Port COM mempunyai kelebihan tersendiri dimana pelbagai jenis persisian (peripheral) boleh menggunakan port. Tetapi dengan munculnya port USB, maka kegunaan port COM semakin kurang.



Jenis persisian: Digunakan secara meluas untuk tetikus, papan kekunci, modem, kamera dan PDA
 
 
 
 
 sumber: dieladilla 

Tuesday 1 March 2016

March 01, 2016

TUTORIAL : MELAJUKAN SURFING MENGGUNAKAN FIREFOX

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox. - 


MELAJUKAN SURFING MENGGUNAKAN FIREFOX

 



kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ... ... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay ... ... ... ... .. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba kata tok .. timakasih tok!

Credit to Tok_Aslim (www.webkl.net)