Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Saturday 28 February 2015

February 28, 2015

17 Petua mudah Bersalin

TIPS UNTUK MEREKA YANG MENGHAMPIRI ESTIMATED DUE DATE (due date nak bersalin)

 

♥ 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk memberikan tenaga.

♥ Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.

♥ Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.

♥ Rebus epal hijau then makan time tengah sakit contraction.

♥ Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin.

♥ Time kat labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus (Laila Hailla Kuntu Minnal Dzolimin) serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

♥ Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nak bersalin (inshaaAllah nanti baby lahir kulitnya bersih jer).

♥ Makan kurma dalam bilangan ganjil.

♥ Banyakkan berjalan, naik tangga ke.. Exercise sebelum deliver baby.

♥ Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang nak lahirkan baby.

♥ Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

♥ Masa proses meneran, baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk.

♥ Amalkan menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut untuk mengelakkan atau membantu mengurangkan koyakan semasa bersalin.

♥ Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.

♥ Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.

♥ Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan masuk 37 minggu.

♥ Minum air selusuh, lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami inshaaAllah lebih berkat.

Semoga dipermudahkan bersalin bagi anda yang sedang menghitung hari..Dan selamat berpantang. 

 

 

 

Jom dapatkan set Berpantang shaklee. 

yang best nyer,set berpantang shaklee boleh dimakan seawal beberapa jam selepas bersalin tau. Tidak memudaratkan kesihatan si ibu dan juga baby.Baby yang ada jaundis (kuning), pun selamat dimakan (ibu makan).. khasiatnya akan disalurkan kepada baby. 

 

 

Direct SMS / whatsapp ke no 017-9506861 

 

Cod sekitar kuantan pada setiap hari

Thursday 26 February 2015

February 26, 2015

Checkup 31minggu Kehamilan

Assalamualaikum..Dan salam tengahari. Lama sangat rasanya ina tak update blog.Sejak kandungan memasuki trimester ketiga.. semuanya terasa malas semalasnya.hihihihi...

Harini ina refer checkup dekat w.y.ko pula, semalam checkup di poliklinik kesihatan.. kelmarin tengah malam,berlaku contraction.Mulanya ingatkan false contraction.Iyeala.. kan 31minggu. Baby mengeras... minit yang pertama mengeras 15minit 2Kali. Contraction kedua, mengeras lebih Dari 3kali.setiap 10minit ada 2Kali berlaku..hmmm. Contraction selama 30minit...memang sakitla. Sekejap mengeras sebelah kanan, sebelah bawah Dan kiri.. selepas 30minit, baru baby stop.(baby aktif menendang).Macam baby Nak keluar pun ada..

Masa scan tadi, doktor wyko pesan banyakkan berehat katanya lagi.. kemungkinan Kali ini bersalin awal. Mungkin paling cepat 32minggu,dan paling lewat 34minggu.. Haissss...seram Je rasa.Memang dah tak lama,lagipun baby sudah masuk jalan (iaitu kepala baby sudah memasuki laluan bersalin). Em...mama harap semoga baby cukup berat apabila keluar nanti.

Saturday 21 February 2015

February 21, 2015

30 minggu kehamilan

Assalamualaikum dan selamat petang.. Harini sabtu, cuti raya cina yang ke-3. Duk rumah je ina... tak larat nak berjalan sejak kandungan menginjak ke 30 minggu kehamilan. Iyela,, bila berjalan lama sikit...terasa seolah olah sesuatu turun.Haiss...,seram. Perut pun sudah turun ke bawah, macam nak bersalin pun ada. Erm....sangat takut nie... Harap - harap bersalin kali ini cukup bulan.


Jom tengok minggu 30 kehamilan progress..






Paru-paru bayi anda dan salur penghadamannya hampir matang sepenuhnya. Walaupun pertambahan ukuran panjang bayi anda menjadi lebih perlahan mulai sekarang (dia berukuran 40sm dari mercu kepala ke jari kaki), beratnya akan terus bertambah hinggalah sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah daripada gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh mengikut cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya dapat merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 semasa bayi dilahirkan kerana bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 20sm hingga 30sm. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan perkembangan ini, bayi anda kini sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi jumlah ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi menjadi semakin besar, janganlah bimbang jika anda rasa sesak nafas, atau rasa seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ini hanyalah kerana uterus anda menekan
diafragma anda. Walau bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Pada minggu ke-34 kehamilan (atau sejurus sebelum kelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasuki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Bernafas dan makan akan lebih mudah selepas itu.

Okay... sekarang dah 30 minggu kehamilan... anda sudah bersediakah nak bersalin?

set berpantang sudah beli ke? Kalau nak tau, shaklee ada juga set BERPANTANG nie..

SET BERPANTANG shaklee sangat menarik, sebab walaupun ibu-ibu bersalin czer @ secara pembedahan sekalipun, masih boleh makan. Jangan risau yea... Dulu sebelum ina kenal shaklee, ina makan jamu. Memang tinggi jaundis.. kesian baby masa tu. Lagipun, susu pun berkurang.. sekarang walaupun ina dah menginjak ke 30 minggu kehamilan,susu badan...alhamdulilllah.. in proses.Sudah ada tanda-tanda positif..

 

Jom dapatkan set BERPANTANG SHaklee..

 

sms / whatsapp 017 -9506861


cod sekitar kuantan pada setiap hari


Monday 16 February 2015

February 16, 2015

Shopping Barang Baby

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin. Pagi ni saja nak update blog.. em.Lama dah tak update pagi-pagi.. sementara nak tunggu solat dhuha. Ehem.. sabtu lepas, ina baru je shopping barangan baby. Itu pun separuh.. tak larat nak berjalan. Tapi seronok laa, pergi shopping tanpa gangguan anak. Hihihi...Sara? oh, Sara ina tinggalkan dengan Suami. Nasibla tak menangis dia tu ( sebab umpan dah beli.. tehehehe,biskut biskut.) Masa shopping tu ditemani adik bongsu.. kami pergi berdua aje. Memang syok, bebas nak kemana ( tau taula, kalau bawa Sara dan Suami.. dorang memang tak suka shopping lama ) lastnya 1 barang aje yang dapat. Beli barang baby di manjaku.. sebab majoriti yang cakap Murah disitu. hihihihi... dapat sepasang baju, tisu wet, tikar getah (alas baby ),1set bedak baby, tuala 2helai, botol susu, sarung tangan dan sarung kaki. Ini antara yang sempat dibeli. Barangan lain seperti kelambu ( nak cari yang macam khemah terus, ina pun muat masuk), baju sejuk, panties, stokin ..masih belum dibeli. Okay.. minggu nie pula, nak sambung shopping sikit lagi.

Thursday 12 February 2015

February 12, 2015

BISKUT KACANG

assalamualaikum dan selamat malam.. baru je balik dari cod barang customer nie. huhhh... penat.Entri kali ini,kita main masak-masak yea.. heee. Tekak teringin benor nak makan biskut kacang ni tau.. Tengok dekat kedai, RM 19.00 sebalang.iTU pun tidak cukup 50 keping.. hmmm. bila terpikirkan harga cenggitu.Of course la buat sendiri. Petang tu jugak, beli bahan-bahan...baru habis duit tak sampai rm 10.Sanggup buat, sebab benda senang. Lagi pun ina ada extra tenaga sejak amalkan shaklee..serius tak tipuuu..



BISKUT KACANG 


PROJEK PETANG SEMALAM

BAHAN BAHAN :


2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM

1/2 CAWAN GULA PASIR (sila blender)

MINYAK MAZOLA ( ina modified, gantikan dengan minyak zaitun @ paling bajet minyak masak)

2 CAWAN KACANG TANAH (disangrai, dan dibuang kulit)

1 SUDU KECIL BAKING POWDER

 


HIASAN 

SEDIKIT KACANG TANAH  UNTUK HIASAN

1 BIJI KUNING TELUR

SEDIKIT PEWARNA KUNING




CARA CARANYA:


1. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak  bersama gula.

2. Gaulkan bersama kacang yang telah dikisar (jangan terlalu hancur, sebab tak best nanti,, takde bunyi krap krup krap).

3. Masukkan minyak ikut keras. Agak-agak adunan boleh diterap acuannya. (ina buat bulat-bulat je)

4. Sapukan kuning telur  + pewarna kuning (atas biskut yang sudah diterap tadi.)

5.Sapukan mentega diatas dulang pembakar.

6. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit..gunakan  api atas bawah ( yang ni oven eletrik).

 

 

 

okay... siap sudah biskut kacang..

 

notakaki : sebelum ina jadi agen shaklee, ina bisnes biskut raya.. biskut kacang ni laa. paling laku... sorang order 5bekas. heeeee.. ye betul. tak tipu..dulu masa tu, ina kerja lagi.Bisnes biskut raya lagi... memang tempahan banyak masa tu, habis sakit-sakit belakang.Tidur pun tak cukup. Tapi kali ni kan, alhamdulillah, sejak makan supplemen shaklee Ostematrix terutamanya... memang pinggang tak sakit. tidur pun berkualiti.. esok bangun pagi..memang langsung tak sakit-sakit badan. tau tak kenapa Ostematrix ni paling membantu? sebab ostematrix ni bantu kuatkan tulang kita. .. jadinya taklah sakit-sakit esok pagi.

rugi la anda yang kat luar sana, bisnes bakery/makanan especially.. kalau tak ambil ostematrix nie, bukan apa. Ina just nak bantu je kamu. Sebab ina pun tau macam mana azab orang bisnes makanan..dengan tidur tak cukup...kerap sakit-sakit belakang, sakit pinggang, kadang rasa nak menangis. 

kalau anda sayangkan bisnes anda.. keluarkan sikit wang untuk kesihatan.. iyealah, kalau dah sakit.. bukan untung.Malahan bertambah rugi sebab tak boleh berbisnes seperti biasa kan?

 


Bagaimana ingin dapatkan Ostematrix?

sms / whatsapp 017-9506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari





Wednesday 11 February 2015

February 11, 2015

Cara pengiraan Carta Pergerakan Baby

assalamualaikum... selamat petang.

Harini ina pergi checkup ke klinik minggu ke 28.Urm... excited betul nak jumpa baby nie.Rasa dah tak lama lagi nak bersalin. Nanti rindu pulak nak mengandung,ye tak? hihihihi. sweet moment gitu.. mana taknye. Pergi mana-mana beratur untuk buat bayaran, mesti orang utamakan ibu mengandung.Layanan sang suami terhadap si isteri pun bak puteri..(Apa nak, suami dapatkan juga).


Bermula esok, nurse dah suruh catat carta pergerakan baby (tendangan baby dalam perut). Rasanya penerangan kali ini lebih clear dari yang sebelumnya..uhmm. Lagi mudah faham.Kata JM rosnah ( nurse kat situ ) kiraan dikira jika ada tendangan. Contohnya jam 9.00 pagi,ada 3 tendangan (baby tendang kiri,kanan,atas , bawah..itu maknanya baru 1 kiraan tendangan).Haaa, masa tu teruslah catat pada buku. Kalau tendangan tidak mencukupi 10kali dalam sehari maknanya baby ada masalah kat dalam perut.Boleh la terus ke hospital untuk tindakan selanjutnya oleh doktor pakar disana.. 


Lagi satu, kalau carta harini last tendangan cukup 10kali jam 3petang, esok nya mesti juga sama. Tak boleh last tendangan jam 9malam.. pun baby ada masalah.Jangan tunggu-tunggu esok lagi yea. Direct ke hospital.Lambat tindakan, nyawa baby boleh melayang.haaaa.. takut tak ? takut? 


Notakaki : Masa dolu-dolu, mengandungkan sara. Ina main tick aje kat carta tu tau.. hishhh. Memang bahaya sangat. Iyeala, dah duk kerja bengkel kereta.Mana la dengar baby tendang. Sudahnya, hentam la labuuu. Kesudahannya bersalin la 35minggu.Tapi apa yang pelik, nurse klinik desa Indera Mahkota tak tanya pun atau syak ke pelik-pelik carta ina nie.Hmmm...


Okay.. sampai sini aje la coretan kisahku ke klinik untuk checkup ke 28 minggu.. bye...


haaaa.... nak promote sat.


Trimester kehamilan pun dah hampir habis kan? Meh lah order SET BERPANTANG pulak. 

 

Bagaimana ingin dapatkan set KEHAMILAN @ BERPANTANG ?

Sms / whatsapp ke no 0179506861

penghantaran sekitar kuantan pada setiap hari.. 

postage pun boleh bagi mereka di luar kuantan.

February 11, 2015

Tabiat Sara sebelum tidur

Assalamualaikum dan selamat petang.. petang nie banyak happy.Bukan baru dapat gaji. Tapi baru lepas siapkan Biskut Kacang.. ni baru duk santai-santai sambil menunggu suami pulang kerja.Hihihihi... resipi ambil kat entri seterusnya yea.Jap lagi ina tulis.

maaf..gambar memeningkan kepala


okay.. berbalik pada tajuk entri . Ina baru perasan, pelik betul anak daraku ini.. hihihihi( anak dara tuuu..tak boleh tahan. Baru je umur 2tahun.hahaha). Semenjak 2 hari kebelakangan ini, sara bersikap kepelikan.. biasa sebelum tidur, dia suruh tepuk peha atau pampers.Kali ini bukan.. sara masukkan jari  dia ke dalam mulut mama. Aduiiii... anak. semakin pelik kamu ni ye nak. Jari masuk ke mulut mama, sambil meraba raba gigiku. Maybe sara nak kira gigi mama kot.. bila mama larang, dia menangis. Dia punya belek, dah serupa macam doktor gigi pulak dah. Haihhh.. bila dia puas belek.Dia tertidur sendiri. Tak selesa mama tau... anda? ada tak pengalaman pelik-pelik anak sebelum tidur? meh share kat sini...

Tuesday 10 February 2015

February 10, 2015

PETUA ELAK SEMBELIT

erikut adalah 6 cara untuk merawat sembelit dengan cepat

 

1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.

 

 

Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.

 

 

2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.

 

Anda juga boleh mengambil suplemen serat selain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah. Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.

3. Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.

 

Namun begitu, kopi juga diuretik di mana ia menyerap kelembapan daripada najis, menjadikan mereka sukar untuk membuang air . Ada sesetengah doktor mengesyorkan mengelakkan minuman diuretik seperti kopi, alkohol, kola, dan teh.

Untuk merawat sembelit, anda disaran makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.

 

4. Sorbitol adalah perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis dan seterusnya mengurangkan risiko sembelit Jika anda tidak suka tekstur atau rasa unik prun, jus prune boleh menjadi alternatif yang lebih sedap.

Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.

5. Bersenam. Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

 

6. Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi untuk memudahkan perkumuhan. Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.

Ostematrix dari Shaklee mengandungi magnesium yang boleh membantu mengatasi sembelit.

Ostematrix boleh bantu kurangkan sembelit

 INGAT!! sembelit membawa kepada masalah buasir



Bagaimana ingin dapatkan Ostematrix?


sms / whatsapp ke no 017-9506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari..

postage ke seluruh malaysia 

( luar malaysia pun saya pos juga )

Monday 9 February 2015

February 09, 2015

Menu Kehamilan Trimester ketiga


assalamualaikum.. minggu ni ina memasuki minggu ke 28.mengandung kali nie, memang enjoy sangat.Takda sakit-sakit macam dulu, takde sembelit.Alhamdulillah.. kejap je kandungan ina dah memasuki trimester ke tiga. Dah tak lama lagi nak bersalin.. Entri ini, ina kongsikan dengan anda semua pemakanan bagi trimester ketiga. Jom baca..




Apabila sampai ke trimester ketiga, anda memerlukan lebih tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori, tetapi daripada mengunyah sekeping coklat, fikirkan snek lain yang turut membekalkan nutrisi lain.


Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato, atau semangkuk sup cendawan diikuti dengan satsuma atau jenis buah oren mandarin yang lain juga bagus.


Vitamin C sangat penting sepanjang kehamilan dan memainkan peranan yang penting dalam melindungi sel-sel daripada rosak serta memastikan sistem imun badan dalam keadaan baik.


Vitamin C juga memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan.


Sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin C

yang tinggi, maka makanlah ia sebagai snek. Buah strawberi dan kiwi, terutamanya, mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibuat smoothie atau salad buah-buahan.


Vitamin C boleh terhapus jika makanan itu dimasak terlalu lama, maka cubalah makan sayur-sayuran mentah. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala enak jika dicicah dengan sos salsa atau humus.


Tingkatkan pengambilan vitamin-vitamin B dengan memakan bijiran sarapan yang diperkaya, dan pilihlah yang rendah kandungan gula dan tinggi kandungan seratnya. Vitamin-vitamin dalam kumpulan vitamin B adalah:


vitamin B1 (thiamin)

vitamin B2 (riboflavin)

vitamin B6

vitamin B12

niasin

folat

Keperluan bagi thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu anda mengeluarkan tenaga daripada makanan.


Kekacang, beras perang dan sayur-sayuran hijau adalah sumber thiamin yang baik. Snek mudah yang terdiri daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang dapat membekalkan khasiat yang anda perlukan.


Atau anda boleh juga mengambil VITAMIN C dan B COMPLEX dari Shaklee. Malahan sangat jimat dengan mengamalkan Supplemen shaklee. Mana tak nya, supplemen shaklee kalau anda makan boleh dibawa ke berpantang tau..memang tak rugi memilikinya. Jimat dan berbaloi! tahan lama


Bagaimana Ingin Dapatkan VITAMIN C dan B complex dan set KEHAMILAN?


Sms / whatsapp ke no 017-9506861

cod sekitar kuantan sahaja..

penghantaran pada setiap hari.


postage ke seluruh malaysia..

(yang nak pos ke luar malaysia pun boleh)





February 09, 2015

Tembakul versi moden

Assalamualikum dan selamat petang.. entri kali ini hanya luahan hati kecilku.

Disaat ini, ina menaip satu persatu ayat.. hati terasa sangat sedih, sebak pun ada. 

gambar sekadar hiasan.. cuci mata pun jadilah.ikan goreng kembung

Alkisahnya~~~

kejadian tidak diingini berlaku... Setelah selesai menggoreng ikan kembung, ina tinggalkan ikan goreng diatas meja.Niat nak makan bersama sisuami. Menu lain ina masak  ikan kembung masak kicap aje.. simple se simple nya.Sebab harini ada pasar malam,jadinya malas nak masak lauk heavy. Okay,berbalik pasal ikan goreng.

 

 IKAN GORENG

Nak dijadikan cerita, sesudah suami tiba di rumah. Teruslah dia buka tudung saji.. ina masa tu, baru selesai submit Order Shaklee online.Sesudahnya kerja ina siap...,tengok-tengok suami dah habis melantak ikan goreng .. masa tu Ya Allah!! berderai airmataku. Maybe takde rezeki nak merasa ikan kembung goreng.. sudahlah sekor je yang goreng. Emmm... Terus ku berlari anak ke dalam toilet, mengambil whudhu untuk menunaikan solat zohor. 

Semasa solat pun,tak semena mena berkaca mataku... hati nie begitu sensitif. Hanya seekor ikan kembung goreng aje. Mungkin baby dalam perut ni nak makan kot. (ku berdoa dan memujuk baby dalam perut ni.. kata jangan kempunan sangat.. tak elok).. Patutlah tadi semasa menggoreng ikan , tertelan telan air liur niee. 

Al-quran la penyejuk hatiku kini... sekian kisah ikan goreng. Hihihihihi.. (Perut yang lapar tadi terus kenyang sekenyang kenyangnya)

 

IKAN

Sunday 8 February 2015

February 08, 2015

testimoni MIGRAIN

Assalamualaikum.. salam hujung minggu.Sejak 2 hari kebelakangan ini.Tiba-tiba diserang selsema. Alhamdulillah, allah bagi sedikit peringatan..Supaya banyakkan berehat. Vitamin C memang ina tak pernah miss..,tapi ini semua atas kuasa allah nak selsema. Makan lah banyak mana supplemen sekalipun.. Eh, kalau tak silap ina.Memang dah lama tak selsema,last masa tahun lepas itupun pertengahan tahun. 

okay, Entri kali ini bukannya nak bercerita pasal selsema,tapi nak tampal testimoni MIGRAIN kat sini. Hehehehe.. Senang nanti untuk tatapan pelawat blog ina.. hihihihihi. Mudah cari nanti.

bagaimana ingin dapatkan set MIGRAIN?


SMS / WHATSAPP ke no 017-9506861

cod sekitar kuantan.. penghantaran pada setiap hari

February 08, 2015

testimoni HB naik semasa mengandung

 assalamualaikum... harini memang rajin la duk update testimoni aje.Hihhihihihi..sebab big bos kata cuti masak.Nak keluar tengok wayang jap lagi..entri ni kalau anda nak tau, ina tulis siap-siap pastu ina schedule aje.. heeee, nanti auto keluar pada tarikh yang ina setting.. okay. selamat cuci mata di blog ina..

 

 
Hb sepatutnya normal

 

akibat salah guna petua

  HB LOW semasa kehamilan

Apakah mild anemia normal? Ianya normal semasa fasa kehamilan akibat daripada demand tubuh badan dan pertambahan darah dalam badan.Tetapi jika pada fasas pertama dan kedua kehamilan anda mengalami anemia yang teruk and mungkin akan terkesan kepada risiko pre-term delivery ataupun low-birth weight baby.


Anemia juga mungkin akan menyebabkan kemungkinan kehilangan darah yang banyak kepada ibu semasa melahirkan bayi dan seterusnya ia mungkin akan menyukarkan ibu untuk melawan jangkitan.

 


BAGAIMANA NAK ORDER ?

sms / whatsapp ke no 0179506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari






Saturday 7 February 2015

February 07, 2015

KEPENTINGAN ZAT BESI DALAM KESUBURAN

Kajian oleh ‘Harvard Medical School’, terhadap 18000 wanita mendapati bahawa pengambilan Multivitamin sekurang-kurangnya 6 kali seminggu akan bantu mengelakkan masalah ovulasi sehingga 40% berbanding wanita yang tidak mengambil multivitamin.

 

 

 

 

Dalam satu kajian lain, wanita yang tidak mendapat zat besi yang mencukupi mempunyai risiko masalah anovulasi(masalah pengeluaran/penghasilan telur) dan masalah telur kurang berkualiti. Ia juga mampu menjejaskan masalah kesuburan sehingga 60% berbanding mereka yang mempunyai aras zat besi yang mencukupi. 

 

Kajian ini juga mendapati bahawa bagi mereka yang mengalami masalah ovulasi, 40% daripada mereka berjaya mengatasi masalah tersebut setelah membuat pengambilan zat besi. 

 

Awas. Jangan ambil sebarang multivitamin tanpa perlu mengkaji terlebih dahulu. Anda perlu perhatikan nilai DRI(Dietary Recommended Intake) yang dikeluarkan oleh Institute of Medicine daripada US National Academy of Science. Terdapat sesetengah multivitamn yang tidak menepati nilai DRI ini. Malah ada juga jenama-jenama Multivitamin yang dijual di pasaran yang masih merujuk kepada nilai DV(Daily Value) yang dikeluarkan sejak tahun 1968 yang sudah tidak diguna pakai. 

 

Bagi pengambilan zat besi pula, Kadar penyerapan zat besi Oleh badan biasanya rendah iaitu 10-15% sahaja. Untuk membantu meningkatkan kadar penyerapan ini, pengambilan zat besi perlu disertakan dengan pengambilan beberapa jenis nutrien lain. 

 

Bagaimana ingin memilih Multivitamin yang terbaik? nantikan entri seterusnya..

 

Bagaimana ingin mendapatkan Multivitamin (vitalea) dan SET KESUBURAN?

sms / whatsapp ke no 017 9506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari

February 07, 2015

MULTIVITAMIN terbaik

Kenapa Multivitamin Shaklee terbaik? kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

 SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE-

2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas

 - 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang

 - 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf 

- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent

 - 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat

 - 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang

 - 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang 

- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga 


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel. Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

 Siapa Memerlukan Multivitamin VITA-LEA SHAKLEE


- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang

 

 - Individu yang tidak lengkap diet hariannya 

 

- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun 

 

- Remaja yang sedang membesar

 

 - Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka 

 

- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki

 

 - Individu yang menopous 

 

- Wanita yang baru bersalin

 

-Wanita Mengandung

 

-Wanita Yang ingin tingkatkan kesuburan

 

-Untuk kesihatan keluarga. set Gabungan Family Wellness ( vitalea + vitamin C + bCOMPLEX + ESP )




                                             BAGAIMANA INGIN DAPATKAN VITALEA ?

SMS / WHATSAPP KE no 017-9506861

cod sekitar Kuantan.. penghantaran pada setiap hari

Pengeposan ke seluruh malaysia 


Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang. SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas - 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang - 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf - 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent - 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat - 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang - 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang - 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel. Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk. Siapa Memerlukan Multivitamin VITA-LEA SHAKLEE- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang - Individu yang tidak lengkap diet hariannya - Individu yang ingin meningkatkan sistem imun - Remaja yang sedang membesar - Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka - Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki - Individu yang menopous - Wanita yang baru bersalin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Friday 6 February 2015

February 06, 2015

MIGRAIN DAN PENYELESAIANNYA

 

 assalamualaikum dan selamat petang.. alang-alang tengah rajin dan mempunyai masa lapang nie, elok lah ina tulis entri banyak-banyak.Muahahaha.. giler kan? Bukan apa, nak kejar bulan februari.. hihihi.

sempena Offer ostematrix nie, ina nak kongsi la cara penyelesaian masalah migrain nie. Kesian tengok majoriti orang dikeliling menghidap migrain( tak kira muda,ada seawal 12 tahun , remaja, dan warga emas ).Emm.. Jom la baca artikel ni sampai habis yea.

 

 

 

 

Punca Migrain

Keturunan

Kekurangan zat

Ketika PMS atau datang haid

Kesan ubat-ubatan

Kesan kafein berlebihan

Kesan MSG dalam makanan

Pengalaman ina, melihat kawan-kawan yang mengalami migrain akan ambil ubat yang melalikan rasa migrain tadi. Ada yang migrain tahap teruk sampai dos yang diambil agak tinggi dan kerap. Pengambilan ubat-ubatan (senang kata ianya drugs) adalah sangat bahaya untuk kesihatan kita dalam jangkamasa panjang.

Buat customers saya, anda boleh beralih kepada pilihan yang lebih semulajadi daripada Shaklee. Suplemen Shaklee tidak bahaya dan tidak ada risiko negatif untuk jangkamasa panjang. Suplemen Shaklee adalah nutrien yang diextract daripada makanan.


Cadangan Suplemen Untuk Migrain

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.

Pilihan untuk anda? B Complex Shaklee yang lengkap dengan semua vitamin B memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Ostematrix

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing. Ini lah perbezaan kalsium shaklee dengan yang ada dipasaran 

sekarang.

Bagaimana nak Order SET MIGRAIN?

Sms / whatsapp ke no 017-9506861

cod sekitar Kuantan pada setiap hari

February 06, 2015

5% Offer Ostematrix (februari)

Assalamualaikum dan salam tengahari.Salam Jumaat di minggu pertama Februari 2015..


offer FEBRUARI .. Twinpack Ostematrix
ramai yang Order Ostematrix sepanjang bulan nie.. jom tengok apa kelebihannya..

Siapa perlukan ostematriX?


Ibu mengandung

Ibu menyusu badan

Ibu berpantang

Warga emas

Aktif bersukan

Mereka yg sakit gigi

Obesiti

Mrk yg patah tulang/ eksiden

Sukar tidur malam

Sakit tumit

Sakit pinggang

Sembelit

Migrain

Senggugut

Kerap kekejangan otot

sakit gigi

mereka yang sakit kaki / lutut ketika rukuk dalam solat

 

Testimoni ina sendiri sebagai Seorang Ibu mengandung, sejak awal kehamilan sampai 7bulan usia kandungan.Alhamdulillah, takde dah kejang kaki @ simpul mengkarung pada waktu malam dan subuh.Semasa mengandungkan sara, hampir   setiap malam menjerit akibat masalah tersebut. 

Pengalaman menyusukan sara, langsung tiada sakit-sakit pinggang.Sakit pinggang tu disebabkan kekurangan kalsium dalam badan.Iyealah, sara dah serap kesemua kalsium melalui penyusuan kan..


Bagaimana nak Order?


direct Sms / whatsapp ke no 017-9506861

cod sekitar Kuantan pada setiap hari


Thursday 5 February 2015

February 05, 2015

Delivery Shaklee 5/2/2015

Ohhh.. dah 2hari tekak nak makan cheese kek syafa. Harini takda Jumpa ,.. google semua agen syafa semuanya tak berjawab mesej. Camne? Sejak kandungan masuk 7bulan ,tekak nak makan keju keju jeee.. Ini baru je balik dari Cod barang customer.. ostematrix twinpack dan herbal blend.
Sms / whatsapp 0179506861 utk order.. Penghantaran sekitar kuantan secara Cod..

Wednesday 4 February 2015

February 04, 2015

BERUS GIGI DAN UPIN IPIN

Assalamualaikum dan selamat pagi.. 

Malas betul nak update blog nie tau tak? Harini dah 4 Februari 2015, sepatutnya artikel entri sudah ada 8 ..tapi ini baru ada 3 jee.. Hmm sadis sungguh ..bila penyakit M datang menyerang. Hihihihihi...Ini curi-curi masa buka netbook, si sara tengah ralit tengok tV,cerita Upin Ipin..

 

Ahaa.., berbalik pada tajuk entri. Dapat teka tak apa yang ina nak ceritakan? haaa...? sebenarnya begini, ina yang terlebih excited sebab sara sudah pandai berus gigi sendiri. Ibu mana tak gembira kan ,tengok perubahan positif anaknya.

 

Semenjak masuk tahun baru (2015), masuk je tandas sara sibuk minta berus gigi. Katanya, upin ipin aaaa sambil tunjuk giginya ( ohhh, mama je faham ).Ini semua penangan cerita upin ipin.. ada satu episod pasal gigi.Heeehi.. terimakasih laa empunya penerbit cerita kartun upin ipin.. 

 

Dulu sara setiap kali nak gosok gigi, setiap kali itu jugakla dia menangis.Menangis style meraung.. macam mana tu? Dapat bayangkan tak? Haru betul laaa..Tension tau. Sekarang masalah dah selesai, sambil gosok gigi, sambil mama menyanyi lagu upin ipin..muahahaha~ sara dengan rela hati, dia buka mulut seluas luasnya. Alhamdulillah... 

ibu ibu kat luar sana, boleh cuba pujuk anak dengan cerita ini..confirm anak-anak suka gosok gigi lepas ni

Tuesday 3 February 2015

February 03, 2015

PROMOSI FEBRUARI 2015


Assalamualaikum dan Selamat Malam..


Promo bulan ini ( februari )


Ostematrix buy 6 free 1


Vitalea buy 6 free 1


Vitalea for children buy 3 free 1


Advance Joint health buy 3 free 1


Twin pack ostematrix


Twin pack vitalea


OSTEMATRIX utk Ibu mengandung, ibu menyusu badan, ibu berpantang, Kerap kebas dan kejang kaki tangan, Warga emas, masalah sembelit, elak osteporosis ( reput tulang ) dan lain-lain.(baca sini khasiat)

 

Advance Joint Health ( sakit-sakit lutut, sakit sendi)

 

VITALEA ( utk pesakit talasemia, darah rendah, cepat letih, ibu mengandung, anemia, ibu berpantang, ibu menyusu badan,mereka yang kekurangan multvitamin, Naikkan selera makan, kecantikan kulit, rambut gugur, tingkatkan kesuburan, dan lain-lain.








Bagaimana ingin dapatkan promosi FEBRUARI?


direct sms / whatsapp 017-9506861 @ 016-9232988

cod sekitar Kuantan..penghantaran pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia