Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Wednesday 15 October 2014

October 15, 2014

Loya ketika kehamilan


Assalamualaikum wbt.. entri kali ini tentang mabuk hamil @ morningsickness..kebelakangan ini ramai yang preggy.So, ini khas untuk anda yang preggy. jemput baca ye semua..




Apakah mabuk hamil?



Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu iailah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 



Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 






"Mabuk hamil pagi"


adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil


atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 


Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil.


Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis



(bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 


Mengapa saya berasa mabuk?



Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12hingga 14 minggu

. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 
Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga


tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 


Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. 

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 


Berapa lamakah ia akan berlangsung?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima
atau enam minggu
kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu
. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu,


manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telahmendapatkan bantuan dari awa


Jika anda mengalami kesakitan, demam

atau sakit kepala
, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 


Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?


Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. 


Tips bagi mereka yang morning sickness

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 





Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat


kemudian nanti. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid


kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. 








Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah
, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan.
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural
bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan


.
Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untukmencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. 



BAGAIMANA SET KEHAMILAN MEMBANTU??

Set Kehamilan Shaklee

(1) Protein(Energy Soy Protein)




✔ Membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.



✔ Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.



✔ Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

(2)Multivitamin(Vita-lea Iron Formula)




✔Iron/Zat Besi sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

(3)B Complex




✔Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

(4) Vitamin C(Sustained Realese Vita-C)



✔ Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur setiap jam mengikut keperluan badan kita.

(5) Omega -3(Omega Guard)


✔Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

(6) Kalsium(Ostematrix)


✔Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, asakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
✔Vitalea
✔B Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix

Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
✔Vitalea
✔B-Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix
✔Omega Guard

Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.

Bagaimana Ingin dapatkan produk shaklee??



Hubungi ina di 0179506861 @ sms / whatsapp

melalui emel : norazlina181@gmail.com

Penghantaran ke seluruh malaysia menggunakan poslaju/ Citilink @ GDex




October 15, 2014

cerewet ke tidak?

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ina baru selesai duk bersiap-siap mengemas rumah.Harini terawal bangun,Sebab perut buat hal.. ( em, celik mata muntah, alhamdulillah.. sempat solat tahajud juga.Mungkin baby suruh mama dia solat tengah malam kot.Hihihi. )

ina makan peppermint ginger plus.. fungsinya melegakan loya tekak,gastrik,pedih hulu hati,dan bantu penghadaman lebh baik


Entri kali nie, nak fefeeling sikit.Sikit je, walaupun tidak banyak..tehehehe. Terasa indah pulak preggy kali ini.Bermula disahkan mengandung kali ke-2.. baca sini 

Tidak Cerewet (preggy ke-2)

Alhamdulillah, kandungan kedua ina okay jee.Motif?? Hee, dulu-dulu masa mengandungkan iman, ina seorang kerani bengkel.Yang amat busy la.. ( hihihi, busy la sebab ina la kerani. buka bil pelanggan, check stock sparepart, kenal-kenal sparepart kereta.. iskh. Sangat sukar.Nasib la ina minat bab-bab stock sparepart pengalaman lama la..dalam bidang automotif.Tau mana bearing,cara tukar minyak hitam dan lain-lain. Ko ada? hihihi.. tetiba je kan ? ) . Haa, nak habaq mai, dulu sangat cerewet ina nie tau. Semua staff-staff kat situ ina handle. Bos?? macam takda je.Sebab? Bos dah bagi mandat pada ina. Kikikiki. Apa yang ina tidak berkenan pada staff semua ina tegur.Memang tidak berkenan la ina, walaupun benda remeh. Contoh : bengkel bersepah: spanar merata-rata. Minyak atas lantai.Hoii, dulu pernah beberapa kali,nyaris nak jatuh terlentang ke belakang ko.Masa tu ina da  sarat.

 La ni, ina tidak bekerja dah.Penat dah. Umur pun 27Tahun, bersara lebih baik.Boleh tengok anak membesar depan mata..waa~~ nikmatnyer.Ina surirumah fulltime ( work at Home Mother ) je. Sambil duk jaga anak, order tetap masuk.Cod sana sini.. alhamdulillah.Rezeki allah luas.. ( sebak masa tulis entri ni).Bab pasal Cerewet ke tidak? Sekarang, tekak tengah menggila tau. Kejap nak makan western.. pasta : fettucini carbonara, makaroni cheese dan pizza. 1 lagi tak terlaksana iaitu makaroni cheese. nyumnyum~~ Oh, dapat bayangkan makaroni cheese berada di tekakku.Gulpp!





Setiap bulan mengidam bertukar selera..memang ketagih nak makan masakan sendiri je tau.Tengah menaip entri ni pulak, tetiba tekak nak makan pajeri terung.. hmm. Harap ada rezeki..

okay.. sampai sini jela ina sempat coretkan catatan. Salam sayang dari saya ina..




Bagaimana nak dapatkan produk shaklee?

sms / whatsapp 0179506861
*Cod sekitar kuantan 
( sesiapa yang ingin cod,cepat-cepatla hubungi saya segera.. jangan tengah malam-malam suh cod yea.. yang tu,ina tak dapat nak penuhi. Hihihihi. Tapi yg berada sekitar Pelindung,bole self pickup kat rumah ina )

*Pengeposan ke seluruh malaysia & sabah sarawak menggunakan perkhidmatan  poslaju @ GDex.

Friday 10 October 2014

October 10, 2014

Rawat parut campak

RBissmillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam.

Penat sikit harini baru selesai cod barang.. Baru je sampai rumah( udah jam 11malam daa )..

Alhamdulillah, harini ina dapat selesaikan penghantaran barang yang dipesan oleh pelanggan walaupun selepas maghrib tadi hujan disertai ribut petir.. Yela kan, walau macam mana sekalipun..penghantaran ina tetap lakukan kecuali ada masalah yg tidak dapat dielakkan sahaja. (alhamdulillah, Allah memudahkan urusan umatnya dalam setiap perkara.Kita perlu bersangka baik pada allah swt..)

Pelanggan nie beli supplemen Vitamin E dan Vitamin C bagi masalah parut campaknya. Dan ini kali kedua beliau repeat order.. Semoga parut cepat pulih yea dik.

Bagaimana nak dapatkan produk shaklee?

sms / whatsapp 0179506861

*Cod sekitar kuantan
( sesiapa yang ingin cod,cepat-cepatla hubungi saya segera.. jangan tengah malam-malam suh cod yea.. yang tu,ina tak dapat nak penuhi. Hihihihi. Tapi yg berada sekitar Pelindung,bole self pickup kat rumah ina )

*Pengeposan ke seluruh malaysia & sabah sarawak menggunakan perkhidmatan  poslaju @ GDex.

Tuesday 7 October 2014

October 07, 2014

Mana lebih baik : Perbezaan antara ubat dan Suplemen

Assalamualaikum..Entri kedua ina pada harini,sambil-sambil nak tunggu makanan hadam.. baru je selesai makan tengahari..Jom tengok perbezaan antara ubat dan suplimen.

Perbezaan ::

Gambar KIRI : dalam piring

tablet besar : Bcomplex With Acid Folic

Tablet kecil : kaler merah (Bcomplex) + tablet kuning bulat (Acid folic)

Selepas 10minit direndam dalam air...
»»Bcomplex Shaklee kaler kuning ( sudah larut )
»»Bcomplex + Acid Folic ( klinik ) masih tidak larut lagi

Mana 1 pilihan anda??

nak mudah larut dalam perut @ yang lambat?

p/s :: Ku sentiasa terasa sangat takut nk makan ubat spital @ klinik..mungkin jugak kandungan nya.. hmm.

shaklee is suplemen jee.
doktor O & G pun syorkan makan suplemen.. selamat katanya lagipun bagus untuk penyokongan bayi dalam kandungan.

Bagaimana nak dapatkan produk shaklee?

sms / whatsapp 0179506861
*Cod sekitar kuantan
( sesiapa yang ingin cod,cepat-cepatla hubungi saya segera.. jangan tengah malam-malam suh cod yea.. yang tu,ina tak dapat nak penuhi. Hihihihi. Tapi yg berada sekitar Pelindung,bole self pickup kat rumah ina )

*Pengeposan ke seluruh malaysia & sabah sarawak menggunakan perkhidmatan  poslaju @ GDex.

October 07, 2014

Pendarahan ketika kehamilan

Bissmillahirrahmanirahim
Assalamualaikum. Salam tengahari, harini ina nak share pengalaman bleeding ( sampai 3minggu pendarahan) dan mual @ morningsickness.. Suplimen apa ina ambil untuk berhentikan masalah tersebut. Baca la entri ini sampai habis yea.. heeee.

3 suplimen penting bagi saya..

ESP ~ ibu hamil mmg cepat lapar.. kdg2 terasa nk pitam & juga pening @ loya. Bagi sy..,ESP sgt bkesan. Menguatkan rahim.. even yg bleeding mnum bole stop pendarahan. Alhamdulillah, segala puji bagi allah.. ina diuji dengan pendarahan ( bleeding ) sehingga 3minggu.. masa tu hanya allah yg tau perasaan ina.Keadaan ina masa turun darah, memang nampak macam keguguran.Sampaikan ina sendiri dah start berpantang masa tu.. Hari pertama minum ESP, darah terus stop..badan yang asyik lemah semakin sihat dan Tekak terasa loya-loya..keadaan macam orang mengandung gitu. Pagi keesokan terus pergi ke klinik bersalin untuk buat DnC.. alhamdulillah,baby ina selamat masa buat scan.

Vita C ~ sy amalkan sblm hamil smpai skrg,sgt jimat.. sampai 6bln penggunaan. & Antibodi pn smkin kuat.. selsema payah nk serang. hihihi.. dan utk pengetahuan anda, vita C mampu mengurangkan sakit bsalin.

Bcomplex with Acid folid ~ sgt menjimatkan... hanya 1tablet saja. X perlu mkn mcm ubat klinik bg tu.. yg tu ada 2jns kna telan. Bcomplex shaklee mudah dserap & larut air.Bcomplex ni penting semasa pembentukan baby semasa awal kandungan lagi.

Alhamdulillah... baru selesai makan Pizza homemade. Hihihi.. Dapat 2doh pizza. Jimat fulus... tak perlu lagi beli yang pizza hut tu.Jimat RM 80++ lalalalala.

Bagaimana Nak dapatkan Produk shaklee sekitar kuantan?

sms / whatsapp 0179506861

*penghantaran pada setiap hari secara byhand / cod ( hanya sekitar kuantan )
* Luar kawasan, penghantaran melalui poslaju

Wednesday 1 October 2014

October 01, 2014

Ceritaku : Morningsickness

Bissmillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Selamat petang.. Hai. Harini ina kembali aktif (hihihihihi) Setelah agak lama tak update blog buat sekian kalinya.

Semalam seharian, ina melembik. Eh,, melembik tu.. Maksud ina morningsickness la. Memang gelap jap duniaku semalam.. Bangun je berdiri, terasa berputar keadaan sekeliling..( dinding-dinding rumah nampak macam nak runtuh ).

Keadaan Bertambah teruk

Iyalah, menginjak waktu tengahari keadaan ina semakin teruk.Hasrat ingin memasak tengahari terbantut.. ( baru je melangkah ke dapur kering, dah muntah.. Nasiblah asyik muntah angin tapi walau bagaimanapun masih tak larat jugak .. Bila masuk jer dapur, terus muntah-muntah sampai kejang-kejang perut ni..sakit ). Keadaan ina semakin berlarutan sampai ke malam, pantang bau busuk @ kentut terus muntah.kikikiki..  Eeeeuw~~

Supplemen untuk mencegah Morningsickness

Harini.. Pagi-pagi lagi masuk bilik ( tempat simpan stok supplemen...buka setong ESP. Bila dah minum ESP,, baru lah terasa ada tenaga sikit.Morningsickness .. Alhamdulillah, tiada lagi. Harini dah boleh masak macam biasa.
Selain ESP..supplemen tambahan lain ina makan Vitamin C,OstematriX dan Bcomplex.

Berminat dengan Produk Shaklee?

Sms / whatsapp ke no 017-9506861
*penghantaran terus ke kawasan anda pada setiap hari
*cod hanya sekitar kuantan
*Pengeposan ina buat juga.. Melalui poslaju @ GDex