Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Friday 26 September 2014

September 26, 2014

Keajaiban

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum

Sudah lama ina dah Tak update blog nie, hmm.. Bergema agaknyer kalau menjerit.Hihihi..

Hari ini (jumaat..26.9.2014) baru terasa nak update blog.. Alhamdulillah..,Ina rasa sihat sikit dari sebelum sebelumnya..emosi okay.Stabil.. Dan ina masih lagi dalam keadaan terkejut.Terkejut???? Jeng jeng jeng..

Al-kisahnya... Sinopsis dari entri berikutnya.Sabtu lepas,Bleeding stop terus ina bergegas ke WyKo..iaitu klinik perbidanan ala-ala hospital bersalin la.Ina sudah bersedia masa tu,ina serahkan kepada Qada' dan Qadar yang tiada rezeki nak hamil kandungan kedua.

SAMPAI  GILIRAN

Lebih kurang setengah jam menunggu,nama dipanggil dan terus masuk ke bilik doktor..doktor WY.Ko berumur lebih kurang 40++ an terus dia tanya sudah berapa minggu kandungan ( masa tu, kami suami isteri menjawab dengan nada sedih.. 7minggu kandungan) ,selepas itu doktor tanya bila last miss period dan doktor terus scan perut.

Allah Maha Besar!! Allahurabbi

Dengan kepakarannya, sekejap aje doktor dapat detect kandungan ku.. Katanya, baby okay. Jantung normal. Kami suami isteri.. Hampir menjerit kegembiraan,Lebih-lebih lagi suami.. Ina hampir nak sujud tanda syukur ( masa ni,hanya allah saja yang tau perasaan kami suami isteri.. Sebab HTAA dan KMC sendiri sahkan kandungan ina sudah mengecut sebab heartbeat tiada ) Doktor KMC sendiri pun,Pakar O & G iaitu Dr Suriati Bt sulong menyarankan ina buat D n C terus pada hari yang sama.Tapi kami suami isteri tidak benarkan,seandainya baby lambat ada heartbeat.. ( firasat kami sebagai ibu bapa memang kuat mengatakan baby masih boleh survive) .

  KECUAIAN @ KELALAIAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG DOKTOR

Apabila kami cerita kisah doktor HTAA dan KMC suruh D n C (cuci kandungan), Alangkah terkejutnya Doktor WYko.. Katanya mereka sangat cuai dalam melakukan tugas.Doktor WYko berkata,kemungkinan peralatan yang digunakan tidak canggih.Selepas ini,next appointment 5hb Oktober 2014..iaitu sehari sebelum hari raya haji.Diharap tiada lagi masalah.

*Sampai ke saat sekarang,ina sangat fobia dengan kedua hospital..serik untuk buat sebarang appointment disitu

Assalamualaikum.. Sekian coretan ina setakat ini.

Friday 12 September 2014

September 12, 2014

Al fatihah

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum
Harini terasa lebih kuat dari hari - hari sebelumnya. Semalam sudah terjawab hampir seminggu Bleeding On off pada diri ina.
Scan 4kali .. hari yang berlainan.


Dari Klinik Sarahana,ina asyik berulang scan.Sebab ingin tahu keadaan janin dalam rahim.. yeala siapa tidak risau kan.Asyik bleeding,mula tu setitik.. kemudian darah coklat dan darah Fresh. Kelmarin, perut memulas bagaikan hendak kembali uzur.Terasa lemah badan dan hampir pitam.


Surat Refer ke Hospital Bahagian Kecemasan


Selepas 4 kali asyik ke klinik Sarahana, Doktor disitu suruh refer hospital bahagian kecemasan.Sebab tanda-tanda keguguran sudah mula jelas kelihatan.Ya allah,masa tu ina dah menangis..airmata mengalir laju seperti hujan turun dengan lebatnya ( menangis sebab takut dan sayang akan kandungan kedua kami ).
Kami refer  terus dekat KMC ( Kuantan Medical Centre ),sebab hospital HTAA servis lambat.. maklumlah Free. Dan apabila tiba di KMC, daftar dan menunggu hampir 3jam lamanya( kebetulan waktu itu, doktor tinggal seorang je..kebetulan pulak,doktor tu ada emergency Czer... memang sedapla ina menunggu ) . Jam 5 petang,turn ina dipanggil.. Doktor pakar O & G .. Dr Suriati bt Sulong kalau tidak silap.Hehehe... kecil orangnya.. Lembut je suara.Orangnya nampak garang.. tapi tidak.Terus sakit ina hilang...kkikiki.

Doktor O & G Dr Suriati Bt Sulong


Dari Segi dia scan sekejap je dapat jumpa janin,terus nampak la kantung baby ( masa tu keadaan kantung baby masih cantik, bulat terletak.. dan Allahuakbar!!! Hancur hatiku, janin tidak membesar sempurna sebab degupan jantung tiada. Sepatutnya 7minggu kandungan sudah ada ..kata doktor Suriati padaku. 

Masa penerangan diberikan , doktor beri 3 pilihan kepadaku.. 1.  nak cuci terus 2. Tunggu 2minggu utk janin keluar sendiri 3. Makan ubat bagi turun ..Masa tu, suami tidak bagi cuci terus.. risau baby lambat ada heartbeat.Kang membunuh pula.. ( kisah kawan ina 9minggu,baru ada heartbeat).. Dan doktor cakap kepadaku,jika heartbeat lambat tarikh jangkaan bersalin akan berubah.Kemungkinan lewat seminggu laa.. 

Dan,sebelum balik ina mintak ubat duphaston untuk kuatkan rahim kembali.Doktor benarkan.. dan di klinik sarahana doktor disana tidak izinkan kerana katanya duphaston hanya dimakan sebelum mengandung.Kemusykilan disitu.. hmm


Cas Proses DnC di KMC


Doktor suriati berikan ina tarikh untuk serah diri.. selepas 2minggu. Untuk proses DnC sahaja menelan belanja RM 2,000 sahaja.Wow! Hihihi.. tapi bes la. Dnc pagi,petang terus balik..Ini pun ina terpaksa pergi Private jugak.Sebab Iman Tiada siapa jaga.. sebab kalau HTAA kena admit ward 3hari. Kesian iman..  Hmmm. Semalam kol klinik W.Y.K.O , katanya RM 1,000 je..tempoh 3-4 jam duduk diwad.. lepastu boleh balik terus.


Repeat Checkup di HTAA 11.9.2014


Macam biasala..,jam 10.30pagi menunggu jam 12.30tengahari baru doktor panggil. Alhamdulillah,bleeding tidak turun sampai ke lantai ( setengah orang ada jenis macam nie) . Bila turn ina dipanggil,doktor cek tekanan darah dan bacaan bawah sangat tinggi.Maknanya denyutan jantung sangat laju.. terus ina dibawa ke bahagian kecemasan.Hihihihi... masa tu ina ketakutan.. tu sebab laju jantung. Terus doktor bawa ke katil,ambil darah.. masuk air garam sebotol, dan Buat CTG... jantung still laju.Walaupun sudah 3kali dipantau..   

  

Cek kandungan melalui bawah


Ya, sakit.. cara ini digunakan untuk lihat keadaan janin dan juga mengesahkan samada betul atau tidak seseorang itu mengandung.Walhal Upt dah buat.. positif je.Sabar jela..

Masuk ke bahagian Klinik harian ibu mengandung .. tingkat 2
Lagi kena check, doktor Cek melalui bawah menggunakan mulut itik.Yang ni sangat perit..., sebab alat tu boleh di adjust macam apit G tuuu. Seramm.. macam nak buat papsmear la.

Kali ni terjawab semua, doktor  HTAA buat scan 4D terus.. kantung baby dah leper bukan bulat.Tiada degupan jantung janin ( sepatutnya 7mggu sudah ada denyut baby ) . Masa ni,ina redha.. langsung tidak menangis. Kuat sikit dari sebelumnya.. hihihi.. 


Doktor cakap kes begini disebabkan kekurangan Asid folik dan kalsium utk pertumbuhan baby seeloknya dimakan sebelum merancang kehamilan lagi..( ina sebenarnya memang tak plan nak mengandung..tuptup, makan set resdung dan gla utk kulit gebu boleh tersubur pulak ).. selepas tau mengandung,baru la sibuk makan asid folik.. masa tu dah takda guna laaaa...


Ok...,Bye.Sekarang nie tengah sakit-sakit proses jatuh sendiri janin.25/9/2014 ina terpaksa serah diri untuk dicuci... dan akan berpantang seperti orang bersalin juga..  Assalamualaikum..




Tuesday 2 September 2014

September 02, 2014

Boleh tak ibu mengandung makan durian?

Ya, dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.


nasib tak jadi pape masa mengandungkan iman.. ina curi-curi makan dekat rumah mak.. cik suami n mil memang tak bagi kalau ikutkan. Tapi tekak terasa sangat nak makan.Waktu tu nak nangis bila suami tak bagi makan. Bila makan, hujung ulas durian aje makan.



Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.


Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.


Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini. 


Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai samada durian selamat dimakan semasa hamil. Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat. Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat tradisional.


bagaimana nak dapatkan set kehamilan shaklee?


terus hubungi ina ditalian 017-9506861 @ sms / whatsapp utk fast respon..


cod sekitar kuantan.. *penghantaran secara cod pada setiap hari*


seluruh malaysia saya pos menggunakan khidmat poslaju / GDex
September 02, 2014

kencing manis semasa kehamilan















Apakah itu diabetis gestasi?


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 






Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 


Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 



Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 





















Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 


Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 


Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:


keletihan;


dahaga yang terlampau;


membuang air kecil dengan banyak;


penglihatan kabur.


Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 



kesan kencing manis pada kehamilan?


Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 


Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 



Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 



Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. 




Jom lihat fungsinya satu persatu.











Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.














B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.





Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh







Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.





Energizing Soy Protein : rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3




Bagaimana Ingin dapatkan Produk ??


Hanya hubungi ina di talian 017-9506861@ sms / whatsapp /  utk fast respon


jom tambah rakan di facebook : Nor Azlina Ina


cod sekitar Kuantan


pengeposan ke seluruh malaysia