Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Monday 30 June 2014

June 30, 2014

Paprik Ayam (masakan ala thai )

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.. Hai,macam mana puasa harini? Segar kah? ke lemau? Kalau lemau,meh sini Cuba Set 3 gems.. Klik SINI : 3 Gems .. Harini Ramadhan pertama berbuka apa semua? Heeh..  ina berbuka tadi Paprik ayam je. Sebelum masak paprik ayam,macam - macam dalam fikiran..,nak masak tomyam , Rendang ayam, Bubur kacang lahh..((itu semua NAFSU semata!!). Sekali suami cakap 'Puasa kita sebulan,,masih banyak hari lagi untuk pelbagai menu awak '.. hihihi. Nasib baik ada yang ingatkan yea.. Okay.. Sekarang ina nak tempek resipi dekat entri kali ini.. * kalau nak tukar ayam kepada sotong @ udang @ daging pon bolehh)

  RESIPI Paprik Ayam
Bahan-bahan 
2 Keping Dada Ayam
150gm bunga kobis (potong kecil)
1 Ulas bawang Besar (dipotong tebal)
2 ulas bawang Putih (diketuk)
2 tangkai Serai (Diketuk)
2 helai daun limau purut
4 Tangkai cili padi
kunyit hidup  ( kunyit serbuk pn boleh)
sedikit garam


Bahan sos::
2 sudu Sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 Sudu besar sos tomato
2 Sudu Besar kicap



CARA-CARANYA ::


1. Gaulkan ayam tadi bersama garam dan kunyit.. (ayam di potong sebesar duit 20sen ..hihi) .. 
2. Goreng ayam secara  sederhana (jangan garing.. sebab nanti nak masak skali lagi).Angkat dan biarkan seketika.
3. panaskan minyak ke dalam kuali, masukkan  bawang , daun limau purut, serai dan cili padi..tumis sampai naik bau.
4. Masukkan ayam tadi, bunga kobis.(MASAK sehingga sayur lembut)
5. Masukkan Bahan sos, garam,gaul rata.
6. Letakkan air jika perlu.
7. Hidangkan semasa panas..

SELAMAT MENJAMU SELERA!!




June 30, 2014

menu malam : Siakap masak petai sweet sour

Assalamualaikum .. dan selamat malam. Sekarang baru boleh duduk rehat - rehat.. masak pun sudah. Makan pun selesai. Hanya mnunggu makanan dalam perut diproses sahaja.Jangan lupa yea, terus ngap Lecithin dan Omega guard selepas makan yea.. kasi pecah lemak serta membakar lemak - lemak dengan pantas.Heehe.. ina tak makan suplemen utk kurus (tapi kan,kalo korang pun kurus macam ina ni 50Kg, dan ada certain part body yg berlemak.. ina cadangkan minum Cinch shake sahja..yang mana minuman ni akan hilangkan inci inci pada lengan @ peha @ pinggul) Untuk suami je yang makan Omega guard + Lecithin ..Sebab haritu pergi check kat doktor dan disahkan Overweight.. Back to topic, Entri malam ni ina nak share resipi siakap masak petai sweet sour.Simple sangat nih. jom perati Bahan- bahannya::: 


SIAKAP MASAK PETAI SWEET SOUR

Bahan-bahan
Ikan siakap (Seekor) Minyak masak ( bagi yang tengah diet, pakai minyak olive oil)
Garam ( Secubit )
Cili Boh
Lada besar (5 biji ) *
Cili Padi ( 3 biji ) *
Bawang Merah ( 6 ulas ) *
Bawang Putih ( 3 ulas ) *
Petai ( 2 papan )
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili (kimball .. ina suka brand ni) 

Bahan Hiasan:::
Tomato ( 2 biji )
Daun bawang ( 1 ikat )
Bawang Holand ( 1 biji )



Cara - Caranya ::::


1. Lumurkan tepung jagung dan kunyit serbuk pada ikan , secubit garam dan biarkan sebentar :: tujuannya bagi tepung mesra pada ikan (melekat)
2 . Goreng sampai garing ikan siakap ( Kalau tak garing memang tidak sedap).. apabila sudah masak, toskan minyak. Biarkan
3. Masukkan Bawang merah (di blender ) ,bawang putih (di blender ) , Lada hidup (di blender ) tumis sampai naik bau.
4 . Kemudian Masukkan pula Cili Boh kedalam step 3 ( 1sudu je , sebab ina tak suka pedas.. nak pedas boleh letak bersudu - sudu ) . Ina suka tumis Cili boh ni sampai garing, biar dia pecah minyak.. p/s : bila pecah minyak .. lagi sedap masakan anda. Hampir terlupa : Sos Tiram & Cili Kimball
5. Masukkan Serai (diketuk) , petai (dipotong dadu) , hirisan bawang (holand dipotong tebal) , Tomato kedalam kuali tadi dan biarkan kuah pekat . Dan biarkan kuah selama 10minit sampai gelegak.. Tutup api..
6 . Curahkan Kuah yang telah dimasak tadi ke atas ikan siakap .. Dan Hiaskan dengan tomato , bawang holand dan daun bawang. Siap!! Boleh dimakan terus...

Selamat Mencuba semua...
Dah Cuba jangan lupa pula Post gambar kat ruangan komen ye..
Nak Copy paste resipi saya, pun boleh.. Credit kat ina ye

Saturday 28 June 2014

June 28, 2014

RAMADHAN DAN SHAKLEE

Assalamualaikum...
Stock panaz sudah sampai~~ Jom order.

persiapan ramadhan..

#shaklee & ramadhan tidak dapat dipisahkan.

SEBAB??

shaklee ada Set untuk Cadangan Berpuasa!!

Oyeaahh!!

#ESP
#performancedrink
#mealshake

(Hilangkan dahaga , penat berpuasa dengan shaklee)

| SID ina 0179506861 |

June 28, 2014

kulit kerepot aka KEDUT













Bismilahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. pagi ni mendung je cuacanya. Best je kalo tidur...hihihi.Oopps! haipp.. takmo tidur tau.Kata nak cari rezeki.. pastu mula la kata rezeki susah masuk.Nak rezeki, kita kenalah berpagi pagian, baca yasin di awal pagi.. al mathurat dan berzikir serta bertahmid.. Dahh, sekarang ni ina nak share topik KEDUT. haiss.. risau je kalo ada kedutan di wajah ina(pertengahan 30-an). Yea.. memang semua akan tua.. tapi takkan nak biarkan aje??sapa nak cepat kedut @ kulit kerepot?? mesti nak lambatkan proses penuaan kan?? kita FREEZE.. Freeze your age gitew.. kehkeh. Speakingg .Jemput bacaa..


  Elak berjemur bawah matahari.
cahaya matahari adalah punca utama munculnya kedutBerdasarkan pada kajian yg di lakukan oleh Doktor pembedahan PlastikDarrick Antel dari New York terhadap kembar seiras.Kembar yabg kurang terdedah pada matahari kurang kedut dan secara keseluruhan lebih muda dai kembar yang terdedah kepada matahari

 Gunakan Krim Pelindung Matahari
American Academy of Dermatology (AAD) menyarankan penggunaan "sun block" untuk mengelak dari kedut dan juga kanser kulit

  Jangan Merokok
Kajian mendapati individu merokok cenderung memiliki kulityang berkedut dan lebih 40% nipis dari kulit orang yangtidak merokok
  * *Tidur yang cukup*Ahli dermatologi dari Universiti Yale, AS, Nicholas Perriconeberkata "apabila tidak cukup tidur, badan akan mengeluarkan Cortisol,sejenis hormone yang akan merosakkan kulit"Rehat dan tidur yang cukup akan merangsang tubuh mengeluarkanbanyak hormon HGH yang membantu kulit kekal anjaldan kurang berkedut

  Tidur Terlentang*
AAD percaya kedudukan tertentu ketika tidur malam bolehmenyebabkan 'garis tidur'. Garis tidur ini tidak akan hilang setelah kita terjaga. Tidur mengiring menyebabkan kedut padapipi dan dagu manakala tidur telungkup menyebabkankedut pada dahi. Jadi tidur lah terlentang untuk mengelakkan dari pembentukan kedut

  Jangan kerap mengenyit atau mengecilkan mata
AAD menyebut pergerakan yang berulang-ulang akan membentuk kedut

  Makan lebih banyak ikan terutama Salmon
Ikan merupakan sumber protin yang terbaik. Ia juga membantu mendapatkan kulit yang cantik.Fatty acid yang di kenali sebagai Omega 3membantu menyuburkan kulit dan menjadikannya gebu dan tampak muda.
"Sekarang ini agak susah untuk mendapatkan ikan yang betul-"
"betul berkualiti. ina sarankan amalkan Omega Guard Shaklee"
"yang kaya dengan Omega 3"

  Gantikan kopi dengan koko
Kajian mendapati koko mengandungi epicatchin dan catechingyang tinggi. Ia melindungi kulit dari kerosakan, meningkatkan edaran darah, berkesan untuk hidrasi dan membuatkan kulit nampak licin

  Amalkan Vitamin Anti-oxida
Vitamin A (Carotomax Shaklee), Vitamin C dan Vitamin E adalah anti-oxida vitamin
 .* Antioksidan melindungi sel daripada kerosakan *
*yang disebabkan oleh bahan-bahan *
*yang dikenali sebagai radikal bebas. *
"Radikal bebas dipercayai menyumbang kepada"
" penyakit-penyakit kronik dan memainkan"
" peranan dalam proses penuaan"
Dengan mengamalkan ACE kulit anda akan lambat berkedut,
cerah, gebu dan awet muda

juga disarankan anda ambil Bcomplex..berfungsi sbg Anti STRESS ..bila X STRESS,,barulah tiada kedutan diwajah.. 

Bagaimana ingin dapatkan produk shaklee??
hubungi saya di 017-9506861 @ sms / whatsapp
cari saya di facebook : Nor Azlina Ina
Penghantaran ke seluruh malaysia  via poslaju / Gdex / Citylink

Friday 27 June 2014

June 27, 2014

Darah rendah ku..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..  Bestnyer cuaca malam ni. Alhamdulillah hujan lebat, sejuk bumi Allah ni.Kalau tidak.. bayangkan 35 darjah suhunya.Ohoiiii.. Ya ampun, sangat panas.Berbahang rasanya.. siang tadi .

   Ina Keluar dari petang malam baru sampai rumah.Demi pelanggan ku tersayang..sudah menjadi kebiasaan Anakku (iman). Dari usia 55hari ina berpantang,sampai la usia iman dekat 2 tahun (Bulan 7 besdaynya) .. Kereta ibarat rumah yang Kedua. 1 hari mesti akan keluar juga .. kalau tiada pesanan barang dari pelanggan, Tetapku bawa anak.

Eeeeiii.. apasal lahh skema jee ayatnye?? okay2.. Tak best erk. Hihihi. Ina nak cerita benda lain sebenarnya.. Insiden sehari sebelum berpuasa.Hari jumaat baru-baru ini, sungguh rushing jadual (mana taknye,,Hari Jumaat.. jalan Jem aka Sesak jalan)  cuti sekolah maybe ++ orang pulang ke kampung halaman (semuanya nak balik ) Sebelum hantar barang,Ina pergi ambil adik bongsu dulu dekat Vokasional.. Dia nak balik (weekend katakan) dan selepas ambil dia,ina pergilah hantar barang pelanggan di pelindung.. Pelanggan ni order set Berpuasa (ESP + Mealshake + Performance Drink) excited Baq hangg pelanggan ni.. Selesai hantar di beserah, cadangnya nak pergi rumah pelanggan di Indera Mahkota 2( tup-tup maghrib pula) .. terpaksa batalkn hajat dulu. Dengan jalan nya jem.. Perut mula la berkeroncong,,, Yang ni ina masih boleh tahan lagi.Tetapi,, Kepala ina sangat pening dan Terasa mual.. muka dah pucat masa tuh. Cakap pada suami,suami senyum... (haiss, abang ni ke lain pulak .. bukannya simptom preggy ni , adodoi) .

  Apabila sampai di rumah (ina terus meluru ke dapur dan makan), memang ina menggigil kelaparan... perut sakit, kepala dah la pening terasa macam nak pecah jee.. Banyak jugaklah ina makan (nasi sepinggan + biskut 10keping ..,barulah kenyang.Tapi kepala masih pening lagi).

Bila ingat kembali,barulah ina tau punca terjadi macam ni.. masalah darah rendah (tahun lepas pernah berlaku macam ni). Kalau ina stress,jadi lapar memang jadi macam ni.. pening kepala,mual .Macam orang preggy erkk. Selepas makan,ina telan Vitalea + Bcomplex dan ESP & Ostematrix sebelum tidur.. Keesokan harinya Bancuh performance drink dan masalah hilang.Jom tengok Bagaimana Terjadinya darah rendah

Tekanan Darah Rendah

»»  Apabila badan melalui proses tekanan darah rendah (hipotensi), terutama kepada ibu2 yg mengandung, darah tidak dapat di pam ke organ dengan efektif. Darah tidak smpai dgn cukup ke otak, jadi oksigen & nutrien tidak diterima secukupnya oleh otak yg membawa kpd badan terasa spt melayang & nak pitam! badan pula menjadi lemah lesu, terasa mual, cpt haus & pglihatan menjadi kabur.

»»Tekanan Darah Normal = Tekanan darah 120/80 mmHg.

[Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah < 90/60 mmHg.]

|| 90 = tekanan sistolik (semasa jantung mengepam) / 60 = tekanan diastolik (semasa jantung berehat) ||

Penyebab darah rendah:-

# kekurangan volum/kandungan darah dlm badan

  #  perubahan hormon dlm badan - trutama kpd wanita sedang mengandung

   #  dehidrasi - badan kehilangan air lebih byk dr air yg diminum

  #  masalah jantung - otot jantung yg lemah, kadar degupan jantung yg rendah atau trlalu cepat

# diet yg tidak seimbang - kurang zat trutama B12 & asid folic
#    pelebaran pembuluh darah.

|| Saranan Shaklee bagi penghidap Darah Rendah ||

    Vitalea
multivitamin & multimineral utk menyeimbangkan nutrient dlm badan.

    B Complex
menambah tenaga & kurangkan stress

    Ostematrix
kalsium penting utk pengawalan tekanan darah

    ESP
membekal protein & meningkatkan tenaga

    Performance Drink
membekal tenaga & mengelakkan dehidrasi

    Meal Shakes -
juga multivitamin & multimineral altenatif utk yg memilih kpd minuman

Bagaimana Ingin dapatkan Produk Shaklee??

Mudah saja..

Anda perlu hubungi no 017-9506861 @ sms / whatsapp

atau Cari saya di Facebook : Nor Azlina Ina

Inst@gram : Storvitaminsid

June 27, 2014

Kegunaann vitamin C

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum .. HARINI ina nak review sikit SHAKLEE Sustained Realeased Vitamin C .

SEBOTOL MEMPUNYAI 180 TABLET
PENGGUNAAN SEHINGGA 6 BULAN

               
 Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari* jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. *Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam *merawat luka dan badan* kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk*bina kolagen,* struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


 Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai *anti-histamin yang berkesan* dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga*mengawal alergi yang menyebabkan demam.* Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


 Anti-oksida
Vitamin C adalah *anti-oksida* yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi *kesan tekanan oksidatif*atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti*"atherosclerosis"* yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh *merendahkan tekanan darah tinggi* dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

 Saluran Darah
Vitamin C memastikan *saluran darah mengembang dengan baik.*Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

 Keracunan plumbum. 
Vitamin C membantu mengurangkan*kadar plumbum dalam darah secara mendadak *Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan *masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak.* Orang dewasa pula akan mengalami *kegagalan buah pinggang* dan *tekanan darah tinggi*jika mempunyai keracunan plumbum.

Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk *kurus* dan*mengekalkan berat yg ideal.* Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh*mengurangkan berat badan. *Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh*merendahkan paras insulin,*disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai *bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi*tekanan* dengan *mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol* yang tinggi.


Katarak
Pupil mata kita memerlukan *Vitamin C* untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan *katarak*, di mana kanta mata menjadi* lebih legap,*menyebabkan penglihatan *kabur* dan boleh jadi *buta* dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh *menghalang katarak *dan *meningkatkan aliran darah ke mata. *1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

 Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh *melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi*seterusnya *mengelak dari barah*untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan *fungsi imunisasi badan* dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan* risiko terkena semua jenis barah* termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi *meningkatkan fungsi imun badan *supaya boleh melawan sel barah.

 Tenaga.
Vitamin C *mengimbangkan sistem dalam badan* dalam apa jua keadaan. Ia membantu *penghasilan dopamine dalam sistem saraf *serta membantu fungsi *adrenal *dalam *meningkatkan tenaga* dalam badan



 
. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan *menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri *yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan *kolestrol teroksida,*kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok


 Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana*Vitamin C mengawal paras gula* dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan*mengawal komplikasi diabetes.


*14. Asma Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai *risiko terkena asma*. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh *mengurangkan penghasilan histamin* dalam badan yang menyebabkan keradangan.

*15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C *melindungi kulit dari radikal bebas* yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari *radiasi ultraungu* dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan *kesan "sun burn"* disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan *barah kulit* untuk jangka masa panjang


*16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen"hydroxyproline" dan "hydroxylysine," 2 elemen untuk mengikat *molekul yang menghasilkan kolagen. *Ia menyebabkan kulit jadi *gebu* dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen *melembapkan kulit dari dalam* dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.


 Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk*menggantikan tisu yang rosak*sekaligus *menyembuhkan luka*dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan*keanjalan kulit* dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C *melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia* yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama *penghasilan melanoma*(masalah kulit).
Vitamin C juga *mencerahkan kulit*dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

 Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C*membantu sistem aliran darah.*Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C *memperbaiki rupa dan tekstur kulit.*
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel *mengekalkan kelembapan*, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

 Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
*Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut*mengurangkan pembentukan radikal *bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai*rambut yang sihat, kuat dan lebat.*

 Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C *membantu melawan bakteria atas kulit kepala.* Ia*membuang kelemumur* dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk*mengurangkan rambut gugur* dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

 Rambut yang lebat
Vitamin C membantu *meningkatkan aliran darah* dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan*rambut yang kuat dan lebat.

Melawan Masalah Rambut*
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan "*alopecia*" dan*masalah botak bagi lelaki.

Mengelak dari Uban*
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur








Bagaimana Untuk dapatkan vitamin C shaklee??
sms / whatsapp 017-9506861
Add facebook : Nor Azlina Ina
Instagram : Storvitaminsid
Pengeposan keseluruh malaysia.

Thursday 26 June 2014

June 26, 2014

Kelebihan SELAWAT Ke atas Nabi

      Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum.. selamat pagi. Jom mulakan hari dengan berselawat keatas nabi.Banyak manfaatnya

Fadilat Berselawat

  ✔Allah limpahkan rahmat berkali ganda.

  ✔Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

  ✔Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.

  ✔Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

  ✔ Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

  ✔Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.

  ✔ Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.

  ✔Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.

  ✔Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.

  ✔Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.

  ✔ Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.

  ✔ Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

  ✔Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Wednesday 25 June 2014

June 25, 2014

Amalan :: Ketika Haid Dan Nifas

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan selamat pagi.. Entri kali ni kita singkap amalan - amalan yang dibolehkan ketika kedatangan haid (darah kotor) @ darah nifas. Para wanita diluar sana, jika kedatangan haid @ nifas... janganlah duduk sahaja..(mentang - mentang lah korang uzur, semua benda korang skip yea.. hehehehe. Allah jangan lupa.. Perbanyakkan zikir sekurang - kurangnya .

Dan Kepada suami - suami diluar sana @ bakal suami bolehlah baca untuk menambah ilmu..boleh share kepada isteri anda.
 
Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa
 ~ berdoalah untuk apa saja tujuan

2)      Memperbanyakkan

beristighfar dan bertaubat

3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.

4)      Berselawat

 ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith
 dan Nariyah

.
5)      Qiamullail

 menghidupkan malam dengan;
 a.      Bermunajat
  b.      Bertafakur
  c.      Berzikir , bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

6)      Memuhasabah dan menghitung diri

7)      Membaca zikir Asmaul Husna

8)      Bersujud
 ketika mendengar ayat sejadah

9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis

10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.

11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan

12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran

13)  "‘Tolabul Ilmi’" (menambahkan ilmu pengetahuan)

14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)

15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.

16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik

17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan

18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah

19)  Membantu juga mencuci peralatan solat
surau dan masjid

20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri

21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga

22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga

23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur

24)  Memberi makan orang yang berpuasa

.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah

26)  Berbakti kepada Orang Tua

27)  Perbanyak infaq dan sedekah

28)  Melakukan khidmat masyarakat.

29)  Melakukan perbincangan ilmiah

30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah

31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun

32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim

33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya

34)  Menghadiri Solat Hari Raya
 "(Aidil Fitri dan Aidil Adha)"

35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.

.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran
 hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

 
Menurut pandangan "Jumhur ulamak" termasukImam-Imam mazhab empat

; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat.

    Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda; 

“Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.”"* (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

 
Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran
dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid*
 berikut:

Allah سبحانه وتعالى berfirman:بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِوَالْعَصْرِ ﴿١
﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢
﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

*"“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”"*
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday 23 June 2014

June 23, 2014

:::: Penghantaran Shaklee : Kuantan

Assalamualaikum~~~ Pin pin pin... tepi sikit tepi sikit... hihihi. Ina nak lalu ni, maklumlah nak P cod jap lagi.. (malam) .. la ni kena kutip order cepat - cepat, mudah ina nak arrange waktu ..Okay ini ready stock untuk 3hari jee tau... Ramaii sangat yang pakat order shaklee sekarang.. Nak tau kenapa zaman sekarang perlukan suplemen?? Salah satunya, dunia kita dah semakin moden.. pemakanan : fastfood (banyak sangat kandungan gula berlebihan,garam MSG yg menyebabkan pelbagai penyakit (kolesterol & kegemukan) duk hinggap kita. Keadaan Persekitaran : Jerebu / pembakaran secara terbuka(boleh menyebabkan asma,selsema,demam) .Faktor- faktor berikut boleh menyebabkan Vitamin di dalam badan kita berkurangan (so, kena topup la dengan supplemen ni..)
Kenapa perlu vitamin SHAKLEE?? Sebab Vitamin Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi.
. SHAKLEE juga sudah berada di pasaran lebih 50tahun yang lalu.
» Sebelum vitamin dipasarkan, saintis shaklee akan lakukan dahulu ujikaji keatas setiap produk

Klik SINI utk Lebih details tentang SHAKLEE ::: suplemen shaklee yang semulajadi http://azlinaqhaisara.blogspot.com/2014/06/suplemen-shaklee-yang-semulajadi.html

nak gebu
kulit jerawat / jeragat / berparut
Selulit
Kurus
tambah berat badan
Anak memilih makan/ kurang makan / sembelit / anak kurus
mata rabun
kesihatan optimum
keputihan
masalah senggugut
resdung
ibu hamil
Ibu menyusu
Ibu selepas bersalin
Sukar hamil
Darah tinggi
Ghout
fibroid
Cyst
buasir
kencing manis

Macam - macam lagi laaaa.. utk segala masalah

whatsapp @ sms 017-9506861
ina okeyyy..
Add kat FB : Nor Azlina Ina
Cari saya di Instagram : Storvitaminsid
Kawasan COD : KUANTAN
Via POSLAJU / CITILINK / GDEX postage ke seluruh malaysia.

June 23, 2014

KUNCI REZEKI

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.. salam Maghrib semuanya. Tak payah la korang tengok citer maghrib tu.. Jom segerakan solat, solat di awal waktu banyak manfaatnya. Antara salah satunya ialah dalam soal rezeki.. allah akan percepatkan segala hal individu yang utamakan solat.Jadi nak ke Rezeki lambat masuk? ibarat solat di hujung waktu. Kita utamakan solat, insyallah allah akan utamakan kita dalam segala hal.
     Sebenarnya ina nak berkongsi ilmu dengan pengunjung blog.. tentang zikir dan doa yang ina amalkan setiap kali Solat.
    Doa ini hendaklah dibaca setiap kali selesai solat subuh dan sesudah maghrib sebanyak 92Kali  :: (Supaya diluaskan rezeki)
Al-Basith
Al - Wadhud
Sesudah itu baca sebanyak 4X secara terus
:: Wasollaitu fil sani Ala Qhoiri Qolqihi Muhammadi Man zahal Dholalata Wal'alatho
(bahasa jawi tak pandai nak tulis)
2. Selawat Nariyah (11X dibaca setelah selesai solat)
:: Insyallah rezeki tidak akan terputus.
Maksudnya :
"Ya allah.. berselawatlah dengan selawat yang sempurna dan bersalamlah dengan salam yang sempurna kepada penghulu kami muhamad yang dwngan terlepas dengan segala ikatan  dan lenyap segala kesusahan, tertunai segala keinginan,dan beroleh kesudahan yang baik,dan tercurah hujan dari awan dengan zat-Mu yang mulia . Begitulah juga ahli keluarga dan para sahabat dalam setiap detik dan nafas sebanyak bilangan segala yang Engkau Ketahui".
Amalkan yea.. lepas solat,jangan terus lipat sejadah. Perlahan - lahan baca.. zikir. Tenang je lepas tu.. heeee. Okay. Bye.
Assalamualaikum..

Sunday 22 June 2014

June 22, 2014

Jerawat dan jenis-jenis

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum



Bagi entri kali ini, ina  akan kongsikan dengan anda jenis-jenis jerawat. Di samping itu, ina juga akan menerangkan kepada anda perbezaan-perbezaan antara jerawat dan resdung agar anda lebih peka terhadap masalah jerawat sebenar yang mungkin melanda diri anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda. Seperti yang anda sedia maklum, jerawat dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita.

Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
Jerawat Terbongkar menunjukkan jerawat jenis Whitehead

  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
 jerawat jenis Blackhead
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

                                                  

  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
    • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan ``A1```steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.

3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

                          

Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis


         
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):


  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

Resdung (Sinusitis)


  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.




Saya harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung


So, apa tindakan anda sekarang?? nak biarkan macam tu saja? nak tunggu muka jadi kawah dan bernanah ke, baru bertindak?Okay,okay.. rileks yea.Ina ada cadangan shaklee yang sesuai untuk anda mengikut jenis jerawat.

Bagaimana nak dapatkan produk?

sms / whatsapp 017-9506861
add fb : Nor Azlina Ina
Instagram : Storvitaminsid
Kawasan COD: Kuantan (free penghantaran sekitar kuantan)
Pengeposan : Ke seluruh malaysia menggunakan poslaju/ citilink / GDex
June 22, 2014

Kisahku : Vitamin E shaklee Vs Vitamin E sintetik

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualikum w.b.t.

Selamat malam, hai semua..sambil-sambil tengok berita kat tV tetiba je gatal tangan nak buat entri.Kali nie ina nak kupas dan bongkar Vitamin E .. Perbezaan Vitamin E yg dipasaran (sintetik) dan vitamin E shaklee.

Sebelum ina kenal Shaklee..Vitamin E jenis Nie lah yang ina makan. Dahla taktau apa ramuan vita E (kapsul) .. tak tau pulak brand apa, si penjual pulak main re- pack aje.. 1 pek RM 50.. , biasalah.. Orang pompuan... taksub kecantikan.Main hentam je beli.. Masa tu memang ina naive la sangatt. Orang promote ni,ina beli.Orang cakap makan ni utk cantik & gebu..pon ina beli.Lastnya ape pon tak dapat... kesan takda. Pernah dulu jugak,beli Glutathione 30biji RM 200.. tak ke gila??? nasib la suami tak tau.. kalo tak,membebel la dia..hihihihi.Jom tengok beza vitamin E shaklee &  sintetik

Nak tau apa perbezaan antara 2 jenis ni??

SEBELAH KIRI (softgel) - vitamin E shaklee (multifungsi : Kesihatan lelaki,atasi parut,hilangkan jeragat,boleh dijadikan sebagai penghalang UV, Kulit cantik) , ekstrak jagung, minyak safflower, selenium semulajadi)

SEBELAH KANAN - Vitamin jenis X (kapsul) 200IU  (utk kulit saja) , bahan : tidak diketahui

Bila difikir - fikir, lebih baik saya makan Vitamin E shaklee.. sebab, sah2 ia selamat ,sebab ia mngandungi bahan semulajadi.. tiada bahan sintetik.

Kenapa perlu Vitamin E? Sebab kulit kita mudah terdedah kepada radikal bebas.. Terdedah kepada cahaya matahari, nak nak lagi sekarang ni bahang panas sampai 35 celcius.. Gila kalau takda perlindungan?? Pakai sun block? cukup ke utk tahan panahan cahaya matahari tu setakat SPF 30, SPF 180.. hmm...

| Belum lagi vitamin E yg jnis satu lagi ina makan tu,, bau memang kuat, lonjong bentuknya |

VitamIn E sintetik boleh mnyebabkan kanser

[promosi Beli 6 percuma 1botol Vitamin E]

Bagaimana ingin dapatkan produk shaklee??

hubungi  017-9506861 ina @ sms / whatsapp

Kawasan COD : kuantan
Pengeposan : keseluruh malaysia

June 22, 2014

Tingkatkan Metabolisma : Cepatkan proses penurunan berat badan

Apa itu metabolisme?

 metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

 Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau

pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.



metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,

mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.



Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah?



Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.


Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:


10 Tip Cepatkan metabolisme Badan


    Minum Air Secukupnya. 

Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.


    Jangan lupa suplemen kalsium.





 boleh klik sini  : ostematrix (kalsium )Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.


    Makan!



Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.



    Tidur yang cukup. 

Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.



    Jangan Stress. 

Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.


    Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.


Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

        Lakukan senaman menggunakan pemberat. 

Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.


    Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). 

Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam


   Okay, sekian tips dari saya.. 
Bagaimana nak dapatkan produk shaklee??

sms / whatsapp : 017-9506861
kawasan COD : Kuantan